Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Elevate Launch

Jom Mahir AI Dengan Sertai Inisiatif Microsoft Elevate

Diterbitkan April 24, 2026 · Dikemas kini April 24, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia memperkukuh kerjasama strategik dengan Microsoft melalui pelancaran Microsoft Elevate, inisiatif nasional untuk membina kapasiti kecerdasan buatan (AI) di seluruh negara.

Dilancarkan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo, program ini menyasarkan pendidik, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pesara tentera, institusi pendidikan dan penjawat awam bagi memastikan setiap lapisan masyarakat bersedia menghadapi era AI.

Dilaksanakan bersama Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Sekretariat Majlis TVET Negara, serta Biji-Biji Initiative & Mereka, Microsoft Elevate memperluas agenda kemahiran digital Malaysia dengan pelan berfasa hingga 2030.

Sejak fasa perintis Januari lalu, sudah lebih 80,000 peserta telah dilatih, menuju sasaran melengkapkan 800,000 rakyat Malaysia dengan kemahiran AI melalui program “AIForMYFuture” dan “Bersama Malaysia”.

Jom Mahir AI Dengan Sertai Inisiatif Microsoft Elevate

Inisiatif ini menekankan keterangkuman digital dan penggunaan AI secara bertanggungjawab, membina tenaga kerja yang yakin, berkemahiran dan berdaya saing.

Menurut YB Gobind, usaha ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab AI serantau menjelang 2030, dengan sokongan sektor awam dan swasta yang menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar untuk Microsoft Elevate di Malaysia, sila layari: https://microsoftelevate.biji-biji.com/  

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Robot AI Sony Mampu Kalahkan Pemain Ping Pong Elit
  • Google Perkenal 2 Cip TPU Generasi Ke-8 Untuk Pacu AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY