Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Kehilangan Hampir 1 Juta Orang Pada 2024, Rakyat Asing Pula Meningkat

Jepun Kehilangan Hampir 1 Juta Orang Pada 2024, Rakyat Asing Pula Meningkat

Diterbitkan Ogos 7, 2025 oleh ariff bukhari

Jepun mencatatkan penurunan penduduk warganegara paling besar dalam sejarah negara itu selepas merekodkan  lebih 908,000 orang hilang dari statistik pada tahun 2024.

Populasi rakyat Jepun kini hanya berjumlah 120.65 juta, turun 0.75% berbanding tahun sebelumnya.

Ia merupakan penurunan terbesar sejak rekod populasi ini bermula pada 1968. Ini juga merupakan tahun ke-16 berturut-turut penduduk Jepun berkurangan tahun ke tahun.

Perdana Menteri Shigeru Ishiba menyifatkan situasi ini sebagai “kecemasan senyap”, dengan berjanji memperkenalkan dasar mesra keluarga seperti waktu kerja fleksibel dan penjagaan kanak-kanak percuma.

Whisk_c4da09f636 (1)

Dalam masa yang sama, jumlah penduduk asing pula meningkat kepada 3.67 juta, tertinggi sejak 2013 dengan menyumbang hampir 3% daripada jumlah keseluruhan penduduk Jepun sebanyak 124.3 juta.

Statistik dari data rasmi yang lain turut membimbangkan di mana jumlah kelahiran di Jepun telah jatuh di bawah 700,000 buat pertama kali sejak tahun 1899.

30% penduduk Jepun pula kini sudah berumur 65 tahun ke atas, menjadikan Jepun sebagai negara kedua tertua di dunia selepas Monaco.

Keadaan ini menyebabkan wujudnya isu kekurangan tenaga kerja dengan kebergantungan kepada pekerja asing, terutamanya dalam sektor perkilangan, hospitaliti dan runcit.

Isu rumah terbengkalai juga meningkat hampir 4 juta unit dengan kebanyakannya terletakdi kawasan luar bandar.

Keadaan ini turut memberi kesan terhadap kos penjagaan kesihatan dan kebajikan yang terus meningkat, kesan daripada populasi warga emas yang semakin ramai, tetapi tenaga kerja pula semakin kurang.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon
  • Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY