Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA: Capai Sasaran Penuh, 839 Lokasi Siap Dipasang Jalur Lebar Tanpa Wayar

JENDELA: Capai Sasaran Penuh, 839 Lokasi Siap Dipasang Jalur Lebar Tanpa Wayar

Diterbitkan Ogos 17, 2022 · Dikemas kini Ogos 17, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa kini memaklumkan pencapaian sambungan internet menggunakan teknologi satelit telah mencapai sasaran penuh, dengan 839 lokasi jalur lebar tanpa wayar (BWA) telah siap dipasang.

Melalui pemasangan tersebut, ia membolehkan penyediaan liputan jalur lebar khususnya di kawasan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarwak serta di perkampungan Orang Asli.

Bagaimanapun, dinyatakan masih terdapat kira-kira 1,400 lokasi BWA yang memerlukan perkhidmatan BWA.

Berkaitan

  • Semak Liputan Di Kawasan Anda Dengan Aplikasi JENDELA Map Daripada SKMM
  • Unifi Mungkin Terawal Sediakan 5G Selepas Yes Mengikut Peta JENDELA
  • 60% Daripada 28 Bilion Kos Untuk Fasa 1 JENDELA Dibiayai Pihak Komersil

Annuar turut menjelaskan bahawa K-KOMM akan cuba menyeragamkan dan menyelaraskan beberapa peraturan, terutamanya berkaitan penyeragaman kos, caj dan fi yang ketika ini adalah berbeza bagi sesebuah negeri.

“Malahan, dalam negeri-negeri yang sama, terdapat PBT yang menggunakan syarat dan caj yang berbeza-beza,” jelas beliau.

Bagi pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2022, ia menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran penuh Fasa 1 JENDELA.

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan bahawa pihak K-KOMM juga telah memulakan pelaksanaan projek titik kehadiran atau Point-of-Presence (PoP) dan berharap mendapat kerjasama PBT dalam memastikan kelancaran projek tersebut.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY