Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA 2020

60% Daripada 28 Bilion Kos Untuk Fasa 1 JENDELA Dibiayai Pihak Komersil

Diterbitkan Julai 8, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan, pelaksanaan Fasa 1 inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dijangka akan melibatkan kos sebanyak RM28 bilion.

Pelaksanaan Fasa 1 telah pun bermula sejak 2020 lagi dan dijadualkan akan berakhir pada tahun 2022 ini.

40% daripada jumlah kos itu adalah dari pihak kerajaan melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Manakala 60% lagi dibiayai oleh pihak komersial.

MCMC juga memaklumkan pihak mereka bekerjasama dengan kerajaan negeri mengenai jumlah perbelanjaan untuk pelaksanaan JENDELA di negeri masing-masing.

MCMC menyatakan, setiap perbelanjaan dipantau rapi. Tuntutan terhadap kerajaan hanya boleh dibuat oleh pihak swasta selepas mereka menyampaikan segala seperti yang dijanjikan.

Selepas selesai Fasa 1, Fasa ke-2 Pelan JENDELA pula akan bermula pada tahun 2023 dan akan berakhir pada 2025 nanti di mana disasarkan liputan 4G di Malaysia mencapai tahap 100% dan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai kelajuan 100 Mbps.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY