Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Semak Liputan Di Kawasan Anda Dengan Aplikasi JENDELA Map Daripada SKMM

Posted on Mac 11, 2022Mac 11, 2022

SKMM telah melancarkan portal JENDELA yang memaparkan ketersediaan liputan di kawasan yang anda ingini sama ada di tempat anda berada atau yang dipilih. Terbaaru, mereka telah melancarkan pula aplikasi JENDELA Map yang sama fungsinya seperti portal.

Dengan ciri Semak Liputan, pengguna boleh menyemak rangkaian manakah yang mempunyai liputan di kawasan yang anda tetapkan. Anda boleh memilih untuk menggunakan lokasi semasa, memasukkan alamat melalui koordinat.

Pun begitu, ia tidak berfungsi untuk menguji dan menunjukkan kelajuan sesebuah rangkaian seperti Speedtest atau Fast.

Selain itu, anda juga boleh memberikan maklum balas berkenaan prestasi rangkaian digunakan serta menyemak senarai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara.

Fungsinya sama sahaja seperti terdapat pada portal dengan perbezaan daripada segi antara muka sahaja. Ia agak memudahkan cuma terasa sedikit ralat kerana seolah-oleh mempunyai dua laman utama sedangkan kedua-duanya menawarkan ciri yang tidak banyak beza.

Anda boleh muat turun aplikasi JENDELA Map di App Store dan Play Store ataupun mengaksesnya portal, jendela.my.

KKMM dan MOF telah melengkapkan siri "engagement" dgn pelbagai pihak mengenai roll out 5G.Memorandum Jemaah Menteri telah di siapkan dan di serah kpd Sekretariat. Ia dijangka di bawa pada 11hb mac utk keputusan.Semua pihak di minta tidak membuat spekulasi mengenainya. pic.twitter.com/ZBjjE7eNqZ

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 3, 2022

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Annuar Musa pada minggu lalu mengumumkan kerajaan dijangka akan memutuskan berkenaan pelaksanaan 5G di Malaysia hari ini namun hingga kini masih tiada khabar berita. Segala perkembangan berkaitannya akan kami sampaikan langsung di sini.

Baca juga:

  • Orang Ramai Kini Boleh Semak Liputan ‘Telco’ Dengan Peta JENDELA
  • Sasaran JENDELA Tercapai, Syarikat ‘Telco’ Terus Kerjasama Untuk Tingkatkan Liputan 4G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress