Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
668747-Benson_Boone_Logo Hero-8a453a-original-1776775197

JBL Meraikan Ulang Tahun Ke-80, Lancar Tour ONE M3 Dan Tour PRO 3 Baharu

Diterbitkan April 27, 2026 · Dikemas kini April 27, 2026 oleh ariff bukhari

JBL meraikan ulang tahun ke-80 sebagai ikon audio global yang telah membentuk budaya muzik sejak 1946.

Bermula dengan visi jurutera James B. Lansing, JBL telah menjadi peneraju inovasi audio dari studio rakaman hingga festival legenda seperti Woodstock dan Tomorrowland.

Hari ini, lebih 40% pawagam dunia menggunakan teknologi JBL Professional, manakala jutaan pendengar menikmati muzik melalui fon kepala dan pembesar suara mudah alih JBL.

Presiden HARMAN Lifestyle Division, Dave Rogers menegaskan bahawa warisan kejuruteraan JBL terus menjadi penanda aras audio berkualiti tinggi dengan menerima pengiktirafan tertinggi termasuk Anugerah Akademi dan Grammy atas inovasi dalam bunyi studio, konsert, dan siaran.

Sambutan ulang tahun ke-80 turut disempurnakan lagi dengan pelancaran siri flagship fon kepala Tour ONE M3 dan fon telinga Tour PRO 3 dengan menampilkan kemas kini utama melalui JBL Sound Curve baharu yang dibangunkan berasaskan Harman Curve dan diuji oleh Force Technology’s SenseLab serta hadir dalam pilihan warna hijau premium.

JBL Meraikan Ulang Tahun Ke-80, Lancar Tour ONE M3 Dan Tour PRO 3 Baharu
JBL Meraikan Ulang Tahun Ke-80, Lancar Tour ONE M3 Dan Tour PRO 3 Baharu
Dari segi gaya, JBL memperkenalkan warna hijau gelap dengan aksen tembaga yang diinspirasikan daripada dunia motorsport British dan trend reka bentuk mewah.

Gabungan ini sekali gus menghasilkan bunyi bass lebih semula jadi serta mid dan high yang lebih jelas.

Pengalaman pengguna turut dipertingkat dengan antaramuka Smart Charging Case™ dan JBL SMART Tx dengan ikon lebih besar, tipografi baharu serta navigasi lebih lancar termasuk sokongan Auracast™.

Model baharu ini ditawarkan pada harga RM1,499 untuk Tour PRO 3 dan dari RM1,399 untuk Tour ONE M3 dengan SMART Tx.

Barisan produk baharu JBL boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnf07e
  • Lazada – https://invl.me/clnf07i

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399
  • Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY