Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JAPAN-BUSINESS-SONY-BANDAI NAMCO

“Jangan Kongsi Imej AI Palsu Guna Logo Kami” – Bandai

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh ariff bukhari

Bandai dan BANDAI SPIRITS mengeluarkan amaran berikutan peningkatan penggunaan teknologi AI untuk menghasilkan gambar figura yang memaparkan logo dan simbol berdaftar milik syarikat itu.

Dalam satu kenyataan rasmi syarikat itu, mereka menyatakan bahawa gambar-gambar ini sering dikongsi di media sosial, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang menyangka ia adalah produk rasmi Bandai.

“Jangan Kongsi Imej AI Palsu Guna Logo Kami” – Bandai
Contoh logo yang digunakan.

Ekoran itu, Bandai menegaskan bahawa gambar tersebut bukan keluaran mereka dan pengguna perlu berhati-hati sebelum membuat sebarang hantaran.

“Tindakan memuat naik gambar AI yang menyerupai produk rasmi boleh menimbulkan isu undang-undang seperti pelanggaran hak cipta.” Bandai.

Bandai dan BANDAI SPIRITS juga berkata, tidak akan melayan sebarang pertanyaan berkaitan gambar atau produk yang bukan dikeluarkan oleh mereka.

Sehubungan itu, pengguna digalakkan untuk merujuk laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Langkah ini bertujuan melindungi hak intelektual syarikat serta mengelakkan penyebaran maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jenama syarikat tersebut.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • USM Lancar Aplikasi CaknaStrok - Panduan Digital Untuk Penjagaan Pesakit Strok
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY