Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USM CaknaStrok_

USM Lancar Aplikasi CaknaStrok – Panduan Digital Untuk Penjagaan Pesakit Strok

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh Amalina Athman

Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) kini melancarkan aplikasi mudah alih CaknaStrok, yang dibangunkan khas bagi meningkatkan kualiti penjagaan pesakit strok melalui pendekatan digital.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam PPSP USM Prof Dr Kamarul Imran Musa berkata platform itu dapat menyediakan panduan, sokongan dan saluran komunikasi berterusan antara pesakit, penjaga serta profesional kesihatan kerana modulnya dibina pakar perubatan bertauliah.

Beliau berkata inisiatif mencipta aplikasi itu susulan penyakit strok merupakan penyakit kardiovaskular kedua tertinggi di Malaysia dengan bilangan kira-kira 2,000 hingga 3,000 pesakit strok baharu setiap tahun di seluruh negeri.

Kebanyakan pesakit hanya mendapatkan rawatan dalam tempoh singkat di hospital sebelum dibenarkan pulang. Sebaik pulang, mereka menjadi tanggungjawab sepenuhnya penjaga dengan sesetengah daripada mereka tidak mengetahui cara menjaga pesakit dengan betul.

Melalui CaknaStrok, penjaga boleh mengakses panduan penjagaan harian seperti pemakanan, postur, terapi pertuturan, kebersihan, fisioterapi, peringatan pengambilan ubat, sokongan emosi dan lain-lain.

USM CaknaStrok_
Foto: Universiti Sains Malaysia

Mengulas lanjut, Dr Kamarul Imran berkata aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Doc2US, London School of Hygiene and Tropical Medicine (UK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Medical Research Council (UK), Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta Malaysia Stroke Council (MSC).

Aplikasi CaknaStrok boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pelajar UPM Harumkan Nama Malaysia Di Pertandingan Semikonduktor Antarabangsa
  • MELP: Pusat Rujukan Literasi Tenaga Pertama Malaysia Kini Dilancar
  • Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY