Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Denza Z9GT

Denza Z9GT Akan Dilancar Untuk Pasaran Global, Cas Bateri Dari 10% Ke 70% Hanya 5 Minit

Diterbitkan Mac 30, 2026 · Dikemas kini Mac 30, 2026 oleh ariff bukhari

DENZA, jenama premium BYD mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan model Z9GT di Eropah pada 8 April 2026 di Palais Garnier, Paris.

Z9GT merupakan EV Grand Tourer premium yang menggabungkan prestasi tinggi, reka bentuk elegan, dan pengalaman pemanduan berteknologi canggih.

Kereta ini menampilkan teknologi FLASH Charging BYD di mana ia mampu mengecas dari 10% ke 70% sepantas 5 minit dan 10% ke 97% dalam 9 minit, bahkan pada suhu sejuk sehingga -30°C.

Sistem ini dikuasakan oleh Blade Battery 2.0 dan stesen pengecas hingga 1,500kW.

Denza Z9GT Akan Dilancar Untuk Pasaran Global, Cas Bateri Dari 10% Ke 70% Hanya 5 Minit

Z9GT menawarkan bateri 122kWh dengan jarak sehingga 800km (RWD) dan versi tiga motor dengan 960PS, memecut 0–100 km/j dalam kurang dari 3 saat. Ia juga menjadi kereta Eropah pertama dengan sistem hiburan opera-house, menampilkan Devialet audio dan Dolby Atmos®.

DENZA telah memilih Daniel Craig, pelakon yang terkenal dengan watak pengintip hebat Britain, “James Bond” sebagai wajah globalnya untuk kempen pemasaran.

Pelancaran ini juga menandakan permulaan perluasaan global BYD meliputi Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, dan Afrika.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • BYD Perkenal Bateri Bilah 2.0 Dan Pengecas EV 1,500 kW
  • Apple 50 Tahun: 5 Perkara Menarik Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Pembuat iPhone Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY