Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee featured

ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID – Ini Anda Perlu Tahu

Diterbitkan Februari 24, 2025 · Dikemas kini Februari 24, 2025 oleh Amalina Athman

Shopee kini memaklumkan bahawa perkhidmatan DuitNow Transfer atau Pemindahan DuitNow melalui Jenis ID di aplikasi Shopee akan ditamatkan mulai 19 Mac 2025.

Mungkin ada yang tertanya apa maksudnya? Adakah ini bermakna Pemindahan DuitNow tidak boleh digunakan lagi? Bagi menjawab persoalan, teruskan bacaan lanjut di bawah.

Perkhidmatan pemindahan dana mana yang terjejas?

Berkuat kuasa 19 Mac 2025, perkhidmatan pemindahan dana menggunakan DuitNow Transfer melalui semua jenis ID tidak lagi tersedia di aplikasi Shopee. Jenis ID termasuk:

  • Nombor Telefon
  • Nombor Akaun
  • NRIC
  • ID Tentera/Polis
  • Pasport
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan

Selepas tarikh tersebut, perkhidmatan ini tidak lagi boleh digunakan.

Jadi, nak pindahkan duit dari ShopeePay macam mana?

Jangan risau. Selain pemindahan ke e-dompet ShopeePay lain, pengguna masih boleh melakukan pemindahan dana menggunakan kaedah Pemindahan DuitNow melalui DuitNow QR.

Caranya mudah sahaja. Pergi ke ShopeePay > Scan, kemudian imbas kod QR (secara langsung atau imej dalam galeri) akaun bank yang berkaitan untuk melengkapkan transaksi pemindahan dana.

 

ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID – Ini Anda Perlu Tahu
Pindah dana ShopeePay ke akaun lain

Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan ciri “Withdrawal”. Namun, kaedah ini memerlukan sehingga tiga hari bekerja untuk dana dipindahkan ke akaun yang dipilih.

Apa beza Pemindahan DuitNow – Jenis ID vs. DuitNow QR?

Pemindahan DuitNow melalui Jenis ID ialah kaedah pemindahan dana menggunakan Jenis ID DuitNow yang didaftarkan – seperti Nombor Telefon, Nombor Akaun, NRIC, ID Tentera/Polis, Pasport, dan Nombor Pendaftaran Perniagaan.

ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID – Ini Anda Perlu Tahu
Pemindahan DuitNow melalui Jenis ID yang akan ditamatkan.

Sebaliknya, DuitNow QR ialah kaedah pemindahan dana berasingan yang dilakukan dengan mengimbas kod QR DuitNow berwarna merah jambu, yang masih akan terus ditawarkan.

DuitNow shopeepay

Boleh guna kaedah pembayaran lain ke?

Seperti dinyatakan, pengguna masih boleh menggunakan kaedah pembayaran lain yang tersedia di aplikasi Shopee seperti ciri Scan & Pay melalui DuitNow QR atau Pay menggunakan ShopeePay QR dengan peniaga yang menerima ShopeePay.

ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID – Ini Anda Perlu Tahu

Penamatan ini akan jejaskan ciri atau perkhidmatan lain tak?

Tidak, penamatan perkhidmatan Pemindahan DuitNow melalui Jenis ID tidak akan menjejaskan ciri atau perkhidmatan lain di aplikasi Shopee.

Pengguna masih boleh membayar, memindahkan, tambah nilai dan menerima dana melalui kaedah lain yang tersedia di Shopee.

Berkaitan

  • Dah Boleh Guna ShopeePay Di PlayStation Store
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Shopee Tingkatkan Had ShopeePay 2x Ganda Bagi Pengguna Buat Pengesahan eKYC
  • Shopee Kemas Kini Kadar Yuran Komisen Berkuat Kuasa 6 Mac 2025

Sumber: Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY