Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jadikan Peranti Android Sebagai “Server” Perkongsian fail

Posted on November 3, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk menjadikan telefon Android anda sebagai sebuah “File Server” perkongsian fail-fail yang ada dalam storan kepada semua PC ataupun peranti pintar yang berdekatan dengan kelajuan yang sangat pantas iaitu 2GB dalam masa tidak sampai seminit.

Sangat sesuai kepada anda yang selalu muat turun filem ataupun video melalui Android, maklumlah sekarang ini banyak pakej data tanpa had yang ditawarkan oleh telco, maka sudah semestinya banyak video ataupun fail yang bersaiz besar di muat turun.

Untuk makluman anda, kaedah perkongsian fail tersebut tidak memerlukan ssebarang sambungan internet. Kepada anda yang risau sekiranya data internet akan terjejas, boleh sahaja matikan fungsi data terlebih dahulu. Kaedah ini berbeza dengan aplikasi Share It yang hanya boleh berkongsi fail pada satu peranti sahaja dalam satu masa.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Pasang apliaksi Wifi FTP Server terlebih dahulu pada peranti Android anda daripada Playstore.

Langkah 2

Seterusnya,hidupkan fungsi hotspot pada peranti android tersebut dan pastikan semua peranti lain yang ingin mendapatkan fail, menyambung ke sambungan hotspot tersebut terlebih dahulu.

Langkah 3

Selepas itu, buka aplikasi Wifi FTP ServerĀ dan tekan butang Start

Kemudian akan muncul paparan berikut

Langkah 4

Peranti-peranti lain ataupun PC yang telah tersambung ke hotspot tadi perlu menyalin alamat Server URL yang muncul pada paparan di langkah 3 di atas pada “browser” masing-masing. maka akan muncullah paparan berikut. Folder yang muncul pada paparan berikut adalah senarai fail yang wujud dalam peranti “Android Server” tersebut.

 

Sekiranya anda berminat untuk memuat turun mana-mana fail, klik sahaja pada folder tersebut. Berikut dibawah adalah fail video yang tersedia untuk dikongsikan. Sungguh pantas dan mudah.

Sangat menarik bukan? Apa tunggu lagi, jom cuba sekarang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress