Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota mirai hidrogen

3 Unit Toyota Mirai Akan Dibawa Masuk Ke Putrajaya, Mampu Pergi Sejauh 1,000Km Dengan 5.6Kg Hidrogen

Diterbitkan April 2, 2024 · Dikemas kini April 2, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, kementeriannya telah mendapat sokongan daripada Kementerian Ekonomi (KE) untuk melaksanakan projek Stesen Pengisian Semula Hidrogen Mudah Alih (Mobile Hydrogen Refuelling Station – MHRS) menjelang akhir tahun ini.

Kata beliau, projek perintis ini melibatkan kerjasama MOSTI melalui NanoMalaysia Berhad dengan Petronas Technology Ventures Sdn Bhd, UMW Corporation Sdn Bhd, UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).
Toyota mirai hidrogen
Pada 1 April 2024, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Sesi Demonstrasi Penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit (MHRU) dan Kenderaan Toyota Mirai di Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Projek ini juga berupa pencari laluan atau ‘pathfinder’ yang akan membuka peluang dan ruang untuk pencerapan maklumat, pengalaman dan pembangunan bakat dalam teknologi mobiliti hidrogen.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 3 unit kenderaan berjenama Toyota Mirai akan dibawa masuk ke Putrajaya. Kenderaan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) ini yang dikuasakan hidrogen mampu bergerak sehingga 1000 km dengan pengisian penuh sebanyak 5.6 kg hidrogen.

Menyemak lanjut keupayaan Mirai ini, Toyota menyatakan mengisis penuh hidrogen pada FCEV ini hanya mengambil masa sekitar 5 minit sahaja.

Toyota mirai hidrogen
Toyota mirai hidrogen
Toyota mirai hidrogen

Toyota menjelaskan, hidrogen dari tangki bahan api dan udara yang masuk dari gril pengambilan akan bertemu dalam Timbunan Sel Bahan Api di mana berlakunya tindak balas kimia yang melibatkan oksigen di udara dan hidrogen yang menghasilkan tenaga elektrik bagi menghidupkan Mirai.

Satu-satunya bahan sampingan yang dihasilkannya adalah air. Model Mirai 2024 dijual dengan harga bermula dari USD50,190 (RM238,000).

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Toyota, FB Chang Lih Kang, FB Anwar Ibrahim, MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY