Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Iqoo 13

iQOO 13 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia Disember Ini

Diterbitkan November 21, 2024 · Dikemas kini November 21, 2024 oleh Amsyar Latif

Penghujung bulan lepas, iQOO 13 dilancarkan secara rasmi di China. Peranti tersebut adalah antara terawal yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite.

Seperti realme, vivo dan juga OPPO, iQOO nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk membawa telefon tersebut ke pasaran global. Ini kerana iQOO 13 disahkan secara rasmi bakal tiba di Malaysia pada Disember 2024. Malah, spesifikasinya di China dan Malaysia juga adalah sama.

Imbas kembali, telefon ini bukan sahaja menggunakan cip andalan terbaru Qualcomm, ia turut dilengkapi cip iQOO Q2 di mana ia adalah cip gaming yang dikatakan mampu menawarkan resolusi tekstur setaraf PC.

Telefon ini hadir dengan skrin 6.82 inci beresolusi 2K dengan panel LTPO  2.0 AMOLED diperbuat BOE dan berkadar segar semula 144Hz. Ia juga menggunakan paparan Q10 dengan kecerahan maksimum 1800 nits, 2592Hz PWM dimming dan paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 32MP.

Iqoo 13

Kamera belakangnya menampilkan 50MP Sony IMX921 lensa lebar, 50MP ultra lebar dan 50MP Sony IMX816 lensa telefoto dengan zum lossless 4x. Selain itu, peranti ini juga menawarkan efek pencahayaan RGB di modul kameranya.

Iqoo 13

Baterinya adalah jenis karbon silikon berkapasiti 6,150mAh dan menyokong pengecasan 120W berwayar. Peranti ini turut hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP69/IP68. Tambahan lagi, iQOO juga menjanjikan kemas kini sehingga lima tahun untuk sekuriti dan OS sehingga Android 19.

Buat masa sekarang, kami belum menerima tarikh rasmi pelancarannya lagi di Malaysia tetapi dijangka minggu pertama atau pertengahan bulan depan, memandangkan pasaran India adalah pada 3 Disember 2024.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY