iQOO mendedahkan beberapa aspek telefon pintar permainannya yang akan datang, iQOO 13.
Ia merupakan antara telefon Android terawal yang akan dipacu pemproses 3 nm terbaru Qualcomm, Snapdragon 8 Elite, dengan teras Orion.
Tidak menunggu lama, syarikat telefon pintar China itu mengatakan bahawa iQOO 13 dengan cip baharu itu menawarkan skor yang mengagumkan dalam penanda aras AnTuTu.
Menurut iQOO, telefon andalan baharu itu mencatatkan skor setinggi 3,159,448 mata dalam penanda aras AnTuTu.
Skor itu sekali gus menjadi penanda aras AnTuTu tertinggi yang dicapai Snapdragon 8 Elite setakat ini dan menunjukkan betapa peranti itu ditala dengan begitu baik bersama cip tersebut.
Selain mendedahkan skor penanda aras AnTuTu, iQOO telah berkongsi ciri permainan telefon andalannya yang akan datang.
iQOO 13 dengan Snapdragon 8 Elite dipadankan bersama cip Q2 yang dibangunkan sendiri iQOO . Set cip ini dikatakan menawarkan penskalaan resolusi gred PC dan permainan 144 FPS yang asli.
Untuk meningkatkan lagi prestasi permainan, iQOO 13 menggunakan teknologi “VAA Anti-Flicker” yang bertujuan untuk mengurangkan kelipan dan menawarkan pengalaman yang lancar.
Telefon itu juga dikatakan mempunyai ruang penyejukkan VC lebih besar, yang menjanjikan untuk memberikan prestasi yang stabil pada beban.
Dilengkapi dengan skrin tertumpu untuk permainan, iQOO 13 mempunyai paparan LTPO 6.82 inci dengan resolusi 3168×1440 piksel dan kadar segar 144 Hz.
iQOO mengatakan bahawa ia ditala untuk menggunakan kuasa yang lebih rendah dan mempunyai kependaman yang lebih rendah daripada pendahulunya.
Spesifikasi lain iQOO 13 yang turut disahkan termasuklah storan UFS 4.0, memori ultra LPDDR5X, tiga kamera di bahagian belakang dengan lampu RGB halo, bateri gergasi 6,150 mAh dan sokongan pengecasan pantas 120W.
Butiran harga masih dirahsiakan, tetapi pelancarannya dijadualkan pada 30 Oktober di China.
{suggest}
Sumber: weibo iQOO