Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iqoo 11 4

iQOO 11 Berharga RM3,499 – RAM 16GB, Guna Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan Disember 8, 2022 · Dikemas kini Disember 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas pelancaran realme 10 Pro sebentar tadi, giliran iQOO pula memperkenal iQOO 11 untuk pasaran Malaysia dengan harga RM3,499.

Jika anda ketinggalan, iQOO ialah subjenama di bawah vivo namun menumpukan terhadap gaming. Ia dizahirkan melalui rekaan seakan-akan kereta hasil kerjasama dengan BMW.

Nak murah? Harga RM3,299 terhad untuk tempahan mulai 9 Disember hingga 15 Disember 2022 sahaja.

Seperti diumumkan, ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan cip khas daripada vivo sendiri iaitu V2. RAM pula sebesar 16GB dan digabungkan dengan 256GB.

iQOO Umum Pengecasan Pantas 120W Secara Rasmi – Boleh Penuhkan 4000mAh Dalam Masa 15 Minit

Cip V2 ini dikatakan vivo digunakan untuk mempertingkat prestasi visual dengan mengurangkan lengah skrin dan sebagainya, lantas memberikan kesan visual yang lancar terutamanya ketika bermain permainan.

Untuk sistem operasi, telefon ini menjalankan Funtouch OS 13 berasaskan Android 13.

iqoo 11 2

Dari segi kuasa, bateri dimuatkan berkapasiti 5000mAh dan menyokong pengecasan sepantas 120W.

‘Mata’ di belakang ialah 50MP utama (GN5), 8MP sudut lebar, 13MP telefoto dan potret. Bagi swafoto, 16MP pula diberikan.

Dengan fokus permainan, ia mempunyai sistem penyejukan Vapor Chamber Liquid Cooling.

iqoo 11

Tampil dengan skrin bersaiz 6.78″, ia menggunakan AMOLED E6 2K dengan puncak kecerahan 1,800 nit. Selain itu, skrin ini juga mempunyai pengiktirafan HDR 10+.

Oh, tidak lupa juga, ia menyokong rangkaian 5G.

Bagi audio pula, pengguna boleh menikmati pembesar suara stereo dan peranti ini juga dilengkapi pengiktrafan Qualcomm Snapdragon Sound.

Untuk spesifikasi lanjut, anda boleh laman web iQOO.

Berminat? Klik SINI untuk ke Shopee iQOO atau SINI ke Lazada.

Berkaitan

  • iQOO Umum Pengecasan Pantas 120W Secara Rasmi - Boleh Penuhkan 4000mAh Dalam Masa 15 Minit
  • iQOO Mengacah Pelancaran iQOO 11 5G Untuk Pasaran Malaysia
  • iQOO 11 5G Sah Dijana Cip Pemproses Snapdragon 8 Gen 2
  • Semua Peranti Wiko Dijual Pada Harga Lebih Rendah Untuk Shopee 12.12
  • Rasmi, realme 10 Pro Dan realme 10 Pro+ Bermula RM1,299 Hingga RM1,799

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY