Rasmi, realme 10 Pro Dan realme 10 Pro+ Bermula RM1,299 Hingga RM1,799

realme Malaysia hari ini dengan jayanya melancarkan realme 10 Pro dan realme 10 Pro+.

Uniknya, semasa semua jenama sudah beralih semula ke skrin rata, salah satu telefon baru ini menggunakan skrin melengkung.



Siri peranti berkenaan diperkenalkan dengan teknologi perlindungan mata terbina dan ini merupakan paparan OLED Malaysia yang pertama menerima penarafan Rheinland Flicker Free.

Kedua-dua menjalankan realme UI 4.0 berasaskan Android 13, sokong rangkaian 5G, mempunyai bateri sebesar 5000mAh. Selain itu, kedua-dua model juga hadir dalam 3 pilihan warna iaitu Hyperspace, Dark Matter dan Nebula Blue.

realme 10 Pro




Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 695 sebagai enjin manakala mempunyai RAM 8GB dan 12GB bersama ROM 256GB.

RAM padanya ialah daripada jenis LPPRD4x dan storan pula UFS 2.2.



Untuk paparan, ia menggunakan IPS LCD bersaiz 6.72" dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz.

Di sisi telefon, ia mempunyai pengimbas cap jari.

{suggest}

Selain itu, peranti ini juga mempunyai kamera di belakang yang terdiri daripada 108MP (HM6), 2MP makro. Bagi swafoto pula, pengguna akan disajikan dengan lensa 16MP.

Dengan bateri 33W, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5000mAH.

Sila ke laman web realme untuk spesifikasi lanjut telefon ini.

  • 8/256GB - RM1,299 (mula dijual 16 Disember 2022)


realme 10 Pro di Lazada - https://invol.co/clfcskh

Kedai rasmi realme di Shopee - https://invl.io/clfcsjx

realme 10 Pro+




Telefon ini dijana dengan cip MediaTek Dimensity 920, dilengkapi RAM LDPPDR4x sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 2.2 sehingga 256GB.

Ia menggunakan skrin melengkung jenis AMOLED dengan resolusi FHD+ dengan 2160Hz PWM dimming. Dari segi lengkungan, ia mempunyai lengkungan 61 darjah. Dagu skrin pula senipis 2.33mm.



Dari segi keselamatan nyahkunci telefon, ia mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin. Walaupun baterinya sama 5000mAh, namun ia boleh dicas dengan kepantasan sehingga 67W.

Untuk rakaman dan foto, ia mempunyai 3 lensa di belakang iaitu 108MP, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Kamera 16MP pula diletakkan di hadapan untuk swafoto.



  • 8/128GB - RM1,399 (mula dijual 12 Disember 2022 di Lazada)

  • 12/256GB - RM1,799 (mula dijual 16 Disember 2022 di Lazada, Shopee dan kedai fizikal realme)


Untuk spesifikasi terperinci, anda boleh singgah laman web rasmi realme.

realme 10 Pro+ di Lazadahttps://invol.co/clf9znk

Kedai rasmi realme di Shopee - https://invl.io/clfcsjx