Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iqoo 11 5g

iQOO 11 5G Sah Dijana Cip Pemproses Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan November 17, 2022 oleh Amalina Athman

Semalam, iQOO telah mengacah pengenalan iQOO 11 5G, yang dijangka tiba untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kini, iQOO mengesahkan iQOO 11 5G akan dijana cip pemproses terbaharu daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2.

iQOO 11 5G Sah Dijana Cip Pemproses Snapdragon 8 Gen 2

Terdahulu, Qualcomm pada Rabu telah mengumumkan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2. Dari segi spesifikasi, cip pemproses ini mampu memberikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 35% dengan 40% lebih cekap tenaga serta 25% GPU dengan 40% lebih penjimatan penggunaan tenaga, berbanding cip sebelum ini.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio
  • Ini Senarai Jenama Terawal Yang Akan Melancarkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2
  • iQOO Mengacah Pelancaran iQOO 11 5G Untuk Pasaran Malaysia

Seperti yang dimaklumkan Qualcomm, iQOO merupakan antara jenama terawal yang akan menawarkan peranti dengan janaan cip terbaharu itu, di samping 14 jenama lain. Qualcomm juga menyatakan peranti andalan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dijangka bakal dilancarkan seawal hujung tahun 2022. Namun, belum diketahui peranti pertama yang akan hadir dengan janaan cip tersebut.

Bagi iQOO 11 5G, dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan menyusul menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Sumber: iQOO Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
©2026 WISER.MY