Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Diterbitkan November 21, 2017 · Dikemas kini November 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Seperti tahun-tahun yang sudah, majalah TIME akan mengeluarkan senarai yang dianggap 10 gajet terbaik sepanjang tahun ia dikeluarkan. Pastinya, senarai ini dipenuhi dengan nama-nama yang tidak asing lagi dalam dunia teknologi seperti Samsung, Apple, Nintendo dan beberapa pengeluar lain.

Anda mesti tertanya-tanya apakah gajet berjaya tersenarai. Jom lihat senarai dibawah.

10. Sony Alpha A7R IIIJom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Beberapa penambahbaikan berbanding model sebelumnya dan juga harga yang lebih murah dari Sony A9 Alpha. Disebut sebagai kamera mirrorless terbaik pernah dihasilkan.

9. Apple Watch 3

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Hadir dengan sokongan LTE yang mampu menerima panggilan dan teks walaupun berjauhan daripada telefon pintar. Dikuasakan dengan pemproses yang lebih laju serta fungsi altimeter barometer untuk mengukur aktiviti senaman seperti menaiki anak tangga.

8. Xbox One X

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Mempunyai sokongan 4K dan berdasarkan beberapa pendapat dari pengguna, mereka menyatakan ia antara konsol terbaik yang pernah dikeluarkan.

7. Amazon Echo

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Pembantu maya ini sudah beberapa tahun dilancarkan tetapi versi 2017 telah dipertingkatkan oleh Amazon. Dengan rekaan yang lebih kecil dan menarik, ia dijual dengan harga yang lebih murah ($99.99) berbanding speaker pintar jenama yang lain.

6. Super Nintendo Entertainment System(SNES) Classic

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Konsol yang mengimbau kenangan silam dikeluarkan semula dengan deretan permainan seperti The Legend of Zelda , Super Mario World, dan beberapa tajuk yang lain. Ia merupakan konsol kedua paling laris untuk bulan Oktober berdasarkan kajian oleh firma NPD.

5. Samsung Galaxy S8

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Telefon pintar flagship syarikat dari Korea Selatan ini mempopularkan nisbah skrin paparan 18:9. Skrin peranti ini juga dinobatkan sebagai skrin terbaik untuk telefon pintar oleh DisplayMate.

4. Dji Spark

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Dron bersaiz tapak tangan ini berupaya dikawal hanya dengan gerakan tangan. Boleh tonton ulasan lanjut mengenai gajet ini di saluran YouTube Wiser.my.

3. Microsoft Surface Laptop

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Laptop pertama dari Microsoft (bukan gabungan tablet dan notebook) ini tampil dengan rekaan elegan serta bateri yang mampu bertahan lama. Dibangunkan dengan matlamat menjalankan perisian yang mudah untuk lebih laju, bateri yang bertahan lama dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

2. Apple iPhone X

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Antara gajet yang menjadi sebut-sebutan ketika ini. Hadir berbeza dari model-model yang sebelumnya, iPhone X ini dilengkapi dengan skrin bingkai nipis serta ciri keselamat FaceID. Dengan kombinasi kamera yang jelas, kuasa bateri yang lebih lama, skrin yang lebih besar, model ini sememangnya menjadi impian ramai peminat Apple.

1. Nintendo Switch

Jom Lihat Senarai “Top 10 Gadget 2017”

Ia merupakan gabungan konsol yang boleh dimainkan dirumah ataupun dimana saja anda berada dengan rekaan yang mudah dipegang. Dikuasakan dengan pemproses Nvidia Tegra, menurut Nvidia, pembangunan pemproses itu diibaratkan seperti 500 tahun usaha untuk menghasilkan konsol yang berkuasa tinggi.

Sumber: TIME

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY