iPhone X Memerlukan RM 1509.79 Untuk Kos Pembuatan

iPhone X yang merupakan peranti telefon pintar Apple termahal pernah dikeluarkan dengan harga jualan bermula RM 5149 untuk pasaran Malaysia. Harga yang mahal ini tidak menghalang peminat produk Apple dari terus membelinya melihatkan sambutan hari pertama yang menggalakkan di seluruh dunia.

Mengikut TechInsigts, mereka menganggarkan yang kos untuk membuat peranti iPhone X itu ialah RM 1509.79. Dengan harga jualan Malaysia yang bermula dari RM5149, Apple mendapat margin keuntungan sebanyak 71%. Jumlah tersebut mungkin berbeza kerana anggaran kos pembuatan mungkin tidak tepat.

Ini kerana Apple membeli komponen mereka dalam kuantiti yang banyak, membolehkan harga komponen menurun bergantung kepada pembekal mereka. Kos-kos lain seperti R&D, pengiklanan dan penghantaran juga diserap ke dalam margin keuntungan mereka.

Sumber