iPhone X Kini Boleh Didapati Dengan Harga Serendah RM 4,399

Pada anda yang mengambil langkah menuggu harga iPhone X jatuh ke harga 'mampu milik', inilah masa terbaik untuk anda menyambar iPhone X yang 'megah' dan 'eksklusif' ini. iPhone X, peranti dari Apple Inc. merupakan peranti telefon pintar termahal setakat ini dikeluarkan oleh syarikat itu.



iPhone X variasi 64GB itu pada mulanya masuk ke pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM 5,149 dan pada ketika ini ianya mendapat potongan harga sehingga RM 500-RM 600. Harga rasmi iPhone X di LAZADA kini berharga RM 4688 dan RM 5288 untuk 64GB dan 256GB.



Tapi kalau anda mahu iPhone X pada harga yang lebih rendah, terdapat penjual di Lazada yang menjual peranti ini pada RM 4,399. Harga tersebut merupakan harga terendah yang ditawarkan untuk peranti iPhone X ketika ini termasuk jaminan peranti datang dari Apple MY sendiri.

Jika berminat boleh klik di SINI

iPhone X merupakan peranti iPhone pertama menggunakan skrin paparan OLED yang menampilkan rekaan skrin penuh sempena ulang tahun iPhone yang ke-10.