Harini berbeza pula pendapat penganalisa KGI Securities, Ming-Chi Kuo yang mempunyai sumber maklumat dalam rangkaian bekalan Apple di rantau Asia. Dia percaya Apple mungkin tidak mempunyai kapasiti mencukupi dari segi bekalan perkakasan apabila mereka sedang memfokuskan pengeluaran 3 peranti utama yang lain untuk tahun ini.
Jika ada juga perancangan Apple untuk mengemaskini versi iPhone SE mereka, Kuo percaya peranti tersebut tidak akan mendapat naik taraf yang ketara seperti cip pemprosesan yang lebih laju dan bukan rekaan skrin penuh beserta fungsi pengecasan tanpa wayar.
Peranti iPhone SE dilancarkan pada bulan Mac 2016 dengan menampilkan cip SoC A9 bersama 2GB RAM, kamera 12 MP bersama-sama Touch ID. Apple ada meningkatkan kapasiti ruang memori ROM kepada 64GB dan 128GB pada bulan Mac lepas.
Sumber
Berkaitan
- Kemaskini Keselamatan Gmail: Melindungi Pengguna Dari Serangan Phising Dan Ransomware
- #GMW - Pemenang Giveaway Mingguan Wiser (5 Julai - 9 Julai 2021)
- 5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini
- Ramai Tak Sedar, Ini Cara Sebenar Beli Barang Elektronik Dengan Diskaun Hingga 80% Di Shopee Electronic Zone
- Ini Sebab Kenapa Telefon Ini Menjadi Peranti Pilihan Golongan Profesional
- Semua iMac, iPhone dan iPad Terdedah Dengan Kelemahan Sekuriti Cip
- OnePlus Terangkan Sebab Mengapa Takuk Perlu Ada Untuk OnePlus 6
- Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini
- NATO Berkata Serangan Siber Akan Aktifkan Klausa Pertahanan Bersama
- Pencipta Android, Andy Rubin Mengeluarkan Telefon Pintar Essential Secara Rasmi