Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone X_vintaj

iPhone Pertama Dengan Paparan Bertakuk Kini Dikategorikan Produk Vintaj

Diterbitkan Julai 2, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengklasifikasikan iPhone X sebagai produk vintaj, selain AirPods dan HomePod generasi pertama.

Berkaitan

  • Empat Peranti Apple Kini Disenaraikan Produk Vintaj Dan Usang
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Untuk makluman, produk dianggap “vintaj” apabila Apple berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada lima dan kurang daripada tujuh tahun lalu.

Walaupun begitu, Apple Store dan Pembekal Khidmat Sah Apple (AASP) masih akan menawarkan pembaikan untuk produk vintaj sehingga dua tahun lagi, bergantung kepada ketersediaan alat ganti.

Imbas kembali, iPhone X atau sebutannya iPhone 10, telah diumumkan pada 12 September 2017 dan mula dijual pada 3 November 2017.

Sebagai tanda ulang tahun ke-10 iPhone, ia dilengkapi perubahan ketara seperti penyingkiran butang Home, pengenalan paparan OLED Super Retina dan rekaan bertakuk (notch).

iPhone Pertama Dengan Paparan Bertakuk Kini Dikategorikan Produk Vintaj
iPhone Pertama Dengan Paparan Bertakuk Kini Dikategorikan Produk Vintaj

Selain itu, iPhone X juga merupakan iPhone pertama yang dilengkapi Face ID, iaitu sistem pengecaman muka yang menggantikan Touch ID. Penggunaan bingkai keluli tahan karat dan panel kaca bahagian belakang menunjukkan rekaannya yang lebih premium.

Sementara AirPods dan HomePod generasi pertama masing-masing diumumkan pada 7 September 2016 dan 5 Jun 2017.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY