Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone i

iPhone Patut Dijenamakan Semula – Ken Segall

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh Amalina Athman

Ken Segall, individu di sebalik awalan “i” dalam produk Apple mengatakan bahawa penggunaannya tidak lagi bermakna.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iOS 18 Akan Dilengkapi Keupayaan Kawal iPhone Dengan Mata
  • iPhone 17 'Slim' Dijangka Tampil Dengan Posisi Kamera Berbeza

Ken Segall merupakan pengarah kreatif agensi iklan yang dipilih oleh Steve Jobs untuk bekerja di NeXT dan kemudiannya Apple.

Menurut Wired, Apple pada 1998 telah membangunkan komputer yang secara dalaman dinamakan “MacMan”. Namun, Segall dikatakan telah memujuk Jobs untuk menggunakan awalan “i” sebagai tanda sambungan internet baharu yang ditawarkan oleh peranti itu, yang kemudiannya dilancarkan sebagai iMac.

Seterusnya, awalan “i” menjadi pencetus kewujudan nama iBook, iPod, iPhone dan iPad.

Pengecualian awalan “i” hadir pada 2007 sewaktu pelancaran Apple TV. Ramai menjangkakan platform penstriman video itu akan dipanggil iTV atau mempunyai variasi “i” yang lain. Bagaimanapun, pengecualian itu mungkin berkaitan nama ITV yang telah digunakan pada rangkaian TV di UK.

Apple kembali kepada penjenamaan i apabila iPad dilancarkan tiga tahun kemudian pada tahun 2010.

Tidak lagi ‘bermakna’

Bergerak ke hadapan, Segall kini berpendapat sudah tiba masanya untuk Apple menggugurkan penjenamaan “i” yang lain.

The ‘i’ needs to go. It’s now meaningless. Sure, [Jobs] built [Apple] around it, but remember, the ‘i’ has always been a sub-brand. There might be marketing experts who say Apple would be crazy to drop the prefix—it’s still in front of some of the greatest brands ever—but it can’t be protected, and for too long there have been companies with ‘i’ internet-connected things, and that’s an issue for Apple, known for innovation.

Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, implikasinya ialah iPhone, iMac dan iPad patut dijenamakan semula – selaras dengan Apple TV, Apple Watch, MacBook Pro, MacBook Air dan Apple Vision Pro.

Sumber: Wired

Rujukan: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY