Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18 Akan Dilengkapi Keupayaan Kawal iPhone Dengan Mata

iOS 18 Akan Dilengkapi Keupayaan Kawal iPhone Dengan Mata

Diterbitkan Mei 16, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan beberapa ciri kebolehcapaian (accessibility) baharu yang akan dilancarkan lewat tahun ini pada iOS 18 dan iPadOS 18.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iOS 17.5 Tersedia Dengan Pengesanan Penjejak Merentas Platform, 15 Tampalan Keselamatan
  • Apple Dan Google Bekerjasama Hentikan Peranti Bluetooth Daripada Menjejaki Anda

Antara ciri kebolehcapaian baharu itu termasuk Penjejakan Mata, Music Haptics, Pintasan Vokal dan Isyarat Pergerakan Kenderaan (Vehicle Motion Cues).

Penjejakan Mata

Dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), Eye Tracking atau Penjejakan Mata akan memberikan pengguna pilihan untuk menavigasi iPad dan iPhone hanya dengan mata.

Direka untuk pengguna kurang upaya fizikal, ciri ini menggunakan kamera hadapan bagi menyediakan dan menentukur (calibrate) dalam beberapa saat, dengan pembelajaran mesin pada peranti.

Control iPad and iPhone with just your eyes 👀

Coming later this year, Apple’s new accessibility features include Eye Tracking, a way for users to navigate iPad and iPhone with just their eyes.https://t.co/fZ9PMWXLD6 pic.twitter.com/8nAcXDk0Hk

— Ben Geskin (@BenGeskin) May 15, 2024

Ciri ini kelak akan berfungsi untuk semua aplikasi yang dipasang pada iOS dan iPadOS, tanpa memerlukan perkakasan atau aksesori tambahan. Dengan Penjejakan Mata, pengguna boleh menavigasi elemen aplikasi dan menggunakan Kawalan Dwell untuk mengaktifkan setiap elemen, mengakses fungsi tambahan seperti butang fizikal, leretan dan gerak isyarat lain hanya dengan mata.

Pintasan Vokal

Dengan Pintasan Vokal, pengguna iPhone dan iPad boleh menetapkan sebutan tersuai yang boleh difahami Siri untuk melancarkan pintasan (shortcuts) dan menyelesaikan tugas yang rumit.

iOS 18 Akan Dilengkapi Keupayaan Kawal iPhone Dengan Mata
iOS 18 Akan Dilengkapi Keupayaan Kawal iPhone Dengan Mata
iOS 18 Akan Dilengkapi Keupayaan Kawal iPhone Dengan Mata

Sebagai contoh, frasa “Rings” telah ditetapkan untuk membuka aplikasi Activity pengguna secara automatik.

Isyarat Pergerakan Kenderaan

Vehicle Motion Cues atau Isyarat Pergerakan Kenderaan boleh membantu mengurangkan mabuk bagi penumpang dalam kenderaan yang bergerak.

Menurut Apple, penyelidikan menunjukkan bahawa mabuk kenderaan lazimnya disebabkan oleh konflik deria antara apa yang dilihat dan apa yang mereka rasa, yang boleh menghalang sesetengah pengguna daripada selesa menggunakan peranti semasa menaiki kenderaan yang sedang bergerak.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/05/Apple-accessibility-features-Vehicle-Motion-Cues.mp4

Dengan Isyarat Gerakan Kenderaan, titik animasi di tepi skrin akan mewakili perubahan dalam gerakan kenderaan untuk membantu mengurangkan konflik deria tanpa mengganggu kandungan utama. Menggunakan penderia terbina dalam iPhone dan iPad, ciri ini boleh mengesan apabila pengguna berada dalam kenderaan yang bergerak dan bertindak balas dengan sewajarnya.

Ia kelak boleh ditetapkan secara automatik pada iPhone, atau dihidupkan dan dimatikan dalam Control Center.

 

Music Haptics

Music Haptics merupakan cara baharu bagi pengguna yang mempunyai masalah pendengaran untuk menikmati muzik pada iPhone.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/05/Apple-accessibility-features-Music-Haptics.mp4

Music Haptics berfungsi merentas berjuta-juta lagu dalam katalog Apple Music, dan akan tersedia sebagai API untuk pembangun bagi menjadikan muzik lebih mudah diakses dalam aplikasi mereka.

iOS 18 Akan Dilengkapi Keupayaan Kawal iPhone Dengan Mata

Selain empat ciri utama ini, Apple turut mengumumkan beberapa ciri lain seperti Reader Mode baharu dalam Magnifier, Hover Typing serta Kawalan Suara, Filter Warna dan Pengecaman Bunyi untuk CarPlay.

Sumber: Apple Newsroom 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY