Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dijangka Perkenal Cip U2 Pada iPhone 15

iPhone 15 Pro Max Dijangka Akan Lebih Mahal

Diterbitkan Julai 6, 2023 · Dikemas kini Julai 6, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone 15 Pro Max dilaporkan berkemungkinan akan lebih mahal berbanding model Pro Max sebelumnya.

Berkaitan

  • Lensa Periskop Sekali Lagi Dikatakan Hanya Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Kamera iPhone 15 Pro Max Dilapor Sama Seperti iPhone 14 Pro Max
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
  • Ura-Ura: Lebih Besar, Mungkin Ini Kapasiti Bateri Siri iPhone 15

Menurut penganalisis Jeff Pu, ia menjangkakan model Pro Max akan datang bakal menyaksikan kenaikan harga lebih tinggi daripada harga permulaan iPhone 14 Pro Max. Sebelum ini, Pu turut meramalkan kenaikan harga bagi model iPhone 15 Pro.

Pu tidak memberikan perincian lanjut mengenai jangkaan itu. Namun, ia mungkin berikutan spekulasi yang mengatakan iPhone 15 Pro Max akan menampilkan sejumlah perbezaan spesifikasi yang ketara berbanding iPhone 15 Pro, terutamanya dari segi penawaran lensa periskop.

Kedua-dua model Pro akan menyertakan teknologi lensa telefoto sebagai sebahagian daripada tetapan tiga kamera, tetapi ‌lensa periskop dikhabarkan hanya eksklusif untuk iPhone 15 Pro‌ Max.

Dalam pada itu, Pu turut menjangkakan siri iPhone 15 akan memasuki pengeluaran besar-besaran sekitar Ogos, di mana ianya adalah sejajar dengan tahun-tahun sebelum ini.

Keempat-empat model iPhone 15 dikhabarkan bakal dilengkapi port USB-C, Dynamic Island serta bingkai yang lebih melengkung. Bagi mengetahui sama ada benar atau sebaliknya, nantikan pelancaran yang dijangka akan diadakan sekitar September kelak.

Sumber: MacRumors 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY