Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_featured image

iPhone 16 Pacu Apple Kembali Ke Dalam Senarai 5 Syarikat Telefon Pintar Teratas Di China – IDC

Diterbitkan Oktober 28, 2024 · Dikemas kini Oktober 28, 2024 oleh ariff bukhari

Apple memasuki semula 5 syarikat telefon pintar teratas dengan berada di tempat kedua selepas pelancaran siri iPhone 16 baharunya.

Menurut laporan Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), angka jualan awal iPhone menunjukkan setanding dengan pendahulunya dan Apple dijangkakan menerusi promosi akan datang dan pelancaran Apple Intelligence akan terus memacu permintaan iPhone pada masa depan.

Menurut data awal Penjejak Telefon Mudah Alih Suku Tahunan Seluruh Dunia, IDC, penghantaran telefon pintar China turut meningkat sebanyak 3.2% tahun ke tahun (YoY) kepada 68.8 juta unit pada suku ke-3 2024.

“Gelombang peningkatan peranti yang ketara mendorong pemulihan berterusan pasaran telefon pintar China,” Arthur Guo, penganalisis penyelidikan kanan dalam Penyelidikan Sistem Pelanggan untuk IDC China.

iPhone 16 Pacu Apple Kembali Ke Dalam Senarai 5 Syarikat Telefon Pintar Teratas Di China – IDC
iPhone 16 Pacu Apple Kembali Ke Dalam Senarai 5 Syarikat Telefon Pintar Teratas Di China – IDC

OEM China — vivo, Huawei dan Xiaomi – menyumbang kepada pertumbuhan 3.8% dalam pasaran Android, masing-masing mencapai pertumbuhan kukuh dua digit.

vivo mengekalkan kedudukan di pasaran China pada yang sama, memanfaatkan strategi berkesan untuk meletakkan produk yang berbeza merentasi jenama utama dan sub-jenamanya.

Huawei pula didapati melakukan kemunculan semula yang drastik selepas merekodkan empat suku berturut-turut dengan pertumbuhan sekurang-kurangnya dua digit.

huawei mate xt
Pelancaran telefon boleh lipat tiga pertama di dunia dijangka memacu lagi pembangunan pasaran boleh lipat.

Xiaomi pula mencatat pertumbuhan suku kelima berturut-turut dengan terus memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan bajet sambil turut menyentuh sempadan segmen mewah.

Sementara Honor memperoleh kedudukan kelima yang didorong oleh model popular seperti X50, yang menjadikan Honor nombor satu dalam segmen harga $100-$200.

Selain itu, model baharu seperti Magic V Flip dan Magic V3 melonjakkan Honor ke tempat kedua dalam pasaran boleh lipat pada suku ini.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Tempahan Proton e.MAS 7 Dibuka, Dilengkapi Bateri Bilah Geely Yang Mampu Bertahan Sehingga 50 Tahun
  • Ini Sampel Gambar Daripada Xiaomi 15 Pro

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY