Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
double tap

Apple Watch Siri 9 Dilancar, Perkenal Ciri Baru “Double Tap”

Diterbitkan September 13, 2023 · Dikemas kini September 13, 2023 oleh ariff bukhari

Apple hari ini mengumumkan model terbaru jam pintar mereka, Apple Watch Siri 9 dengan spesifikasi dipertingkatkan.

Antaranya adalah keupayaan bateri bertahan sehingga 18 jam sepanjang hari, kadar kecerahan skrin sehingga 2000 nits dan kuasa pemprosesan 30% lebih pantas dari Apple Watch Siri 8.

Tapi apa yang lebih menarik adalah Apple perkenalkan ciri baharu yang membolehkan Apple Watch Siri 9 dikawal dengan lebih mudah iaitu ciri “double tap“.

Apple WATCH 9

Gerak isyarat baharu ini sangat berguna untuk pelbagai situasi.

“Kami fikir anda akan menggunakan ini sepanjang masa…ketik ibu jari dan jari telunjuk anda dua kali. Anda boleh menggunakannya untuk menjawab atau menamatkan panggilan.” Apple.

Malah bukan itu sahaja, ciri double tap ini juga boleh diguna sebagai arahan memainkan muzik atau video, memberhentikan penggera dan banyak lagi.

apple watch 9

Apple Watch Siri 9 ditawarkan dalam 5 pilihan warna iaitu starlight, midnight, silver, (PRODUCT) RED dan termasuklah warna baru Pink.

Apple Watch Siri 9 berharga dari RM1,899  yang akan mula berada di pasaran pada 22 September 2023 yang tersedia dalam saiz 41mm dan 45mm.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY