Penganalisis Ross Young telah berkongsikan beberapa informasi daripada Mizuho Securities mengenai iPhone 2021. Spekulasi mengatakan kesemua model iPhone 13 akan dilengkapi dengan teknologi panel integrasi sentuhan OLED.
Bagi yang belum tahu, panel integrasi sentuhan OLED merupakan varian kepada paparan OLED. Untuk varian konvensional, ia mempunyai sensor sentuhan filem pada bahagian atas panel.
Sementara, varian integrasi pula mempunyai sensor sentuhan yang terbina pada panel. Ianya juga adalah lebih nipis berbanding paparan OLED konvensional.
Bagi model iPhone 13 Pro, ia dikatakan akan dilengkapi teknologi panel ProMotion dengan kadar segar semula 120Hz. Ini berikutan, pelbagai laporan yang berpendapat tiada paparan 120Hz yang akan ditawarkan pada iPhone sehingga 2021.
https://twitter.com/DSCCRoss/status/1312013760031326210
Selain itu, iPhone 13 dan iPhone 13 mini dijangka akan dimuatkan dengan sensor kamera yang sama terdapat pada iPhone 12 Pro Max , sementara saiz sensor bagi kedua-dua model Pro akan dipertingkatkan.
Dalam pada itu, Young turut menyatakan, tiada model baharu iPhone SE yang akan dilancarkan sehingga musim bunga 2022.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Pencuri iPhone Kelak Akan Lebih Sukar Akses Peranti
- Ming-Chi Kuo: Beberapa Model iPhone 2022 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Paparan Berlubang
- Kamera iPhone 14 Pro Dilaporkan Bergegar Dalam Aplikasi TikTok, Instagram Dan Snapchat
- Gurman: Acara iPhone 15 Dijangka Berlangsung Seawal 12 September
- iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas
- Apple Sahkan Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro, Bingkai Titanium Bukan Punca
- Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13
- Berbaloi Ke Matikan ProMotion Untuk Jimat Bateri iPhone? Ini Mungkin Jawapannya
- Xiaomi 13 Dijangka Akan Dilancarkan Sebagai Xiaomi 14, Ini Mungkin Spesifikasi Utama
- Dua Model iPhone 12 6.1 Inci Mungkin Akan Dilancar Terlebih Dahulu