Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencuri iPhone Kelak Akan Lebih Sukar Akses Peranti

Pencuri iPhone Kelak Akan Lebih Sukar Akses Peranti

Diterbitkan Disember 13, 2023 · Dikemas kini Disember 13, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kelak akan menyukarkan pencuri iPhone untuk mengakses maklumat peribadi pengguna, walaupun memperoleh kod laluan peranti yang dicuri.

Melalui iOS 17.3 beta pertama yang dilancarkan kepada pembangun hari ini, Apple menyertakan ciri ‘Stolen Device Protection’ atau Perlindungan Peranti Dicuri.

Berkaitan

  • Apple Dijangka Perkenal Saiz Baharu Untuk iPad Air
  • Dapatkan Promosi Tukar Bateri iPhone Serendah RM66 Di Switch
  • iOS 17.2 Sedia Untuk Dikemas Kini Dengan Sejumlah Ciri Baharu
  • Pengguna iPhone Kini Boleh Tukar Bunyi Notifikasi 'Default', Ini Caranya

Awal tahun ini, Wall Street Journal melaporkan mengenai insiden pencuri mengintip kod laluan iPhone pengguna, sebelum mencuri peranti itu. Ia memberi akses kepada pencuri untuk sejumlah maklumat peribadi dan kewangan yang disimpan pada peranti, termasuk menetapkan semula kata laluan dan menggunakan maklumat pembayaran yang disimpan dalam iCloud KeyChain.

Stolen Device Protection iPhone iOS 17.3 BETA

Apabila ciri ini diaktifkan, pengguna perlu mengesahkan identiti dengan pengesahan biometrik seperti Face ID atau Touch ID untuk melakukan tindakan tertentu – melihat kata laluan dalam iCloud KeyChain, factory reset, menggunakan kaedah pembayaran yang disimpan dalam Safari, dan mematikan Lost Mode.

Untuk tindakan yang lebih sensitif – menukar kata laluan Apple ID, menukar kod laluan iPhone, mematikan Find My, ciri Perlindungan Peranti Dicuri menambah sekuriti delay jika peranti berada di tempat selain lokasi yang sering dikunjungi.

Dalam kes ini, ia bukan sahaja memerlukan pengesahan identiti dengan Face ID atau Touch ID, malah perlu menunggu satu jam dan mengulangi semula proses pengesahan. Bagaimanapun, Apple berkata tidak akan ada kelewatan apabila iPhone berada di lokasi biasa, seperti di rumah atau tempat kerja.

Dengan cara ini, pencuri tidak akan dapat mengakses maklumat pengguna walaupun mereka mempunyai iPhone dan kod laluan tersebut.

Seperti dinyatakan, ciri ini masih dalam peringkat beta untuk pembangun dan boleh diakses melalui Settings > Face ID & Passcode > Stolen Device Protection.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY