Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 leak_3

Gurman: Acara iPhone 15 Dijangka Berlangsung Seawal 12 September

Diterbitkan Ogos 7, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2023 oleh Amalina Athman

Acara tahunan bagi pengenalan iPhone generasi terbaharu dijangka akan berlangsung sama ada pada 12 atau 13 September 2023.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna Biru
  • iPhone 15 Pro Dikatakan Lebih Senang Dibaiki, Kos 'Repair' Juga Mungkin Menurun
  • Ura-Ura: Mungkin Ini Tarikh Pelancaran Siri iPhone 15

Dalam laporan Bloomberg, Mark Gurman menyatakan sumbernya memberitahu jualan rasmi siri iPhone 15 akan bermula sekitar 22 September, yang mana kebiasaannya melibatkan pasaran utama. Dengan tempoh masa tersebut, pra-pesanan dijangka akan dibuka seminggu sebelum jualan rasmi.

Bukan kali pertama, maklumat ini juga selari dengan laporan 9to5Mac sebelum ini, yang mengatakan siri iPhone 15 akan diperkenal pada minggu ketiga September. Dengan laporan daripada Gurman, ia hampir mengesahkan perkara itu. Tambahan pula, Gurman mempunyai rekod yang baik dalam mendedahkan maklumat berkaitan produk Apple.

Setakat ini, siri iPhone 15 dilaporkan akan hadir dengan Dynamic Island bagi kesemua model, port USB-C, bezel yang lebih nipis untuk iPhone 15 Pro Max, cip A17 Bionic untuk model Pro dan sebagainya. Sudah pastinya, lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa menjelang pelancaran kelak.

Selain iPhone 15, acara September dijangka akan turut memperkenal model Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2, butiran dan tarikh pelancaran iOS 17 versi stabil serta perkara berkaitan kemas kini perisian.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgm3a
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgm3d

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY