Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Dijangka Akan Dilancarkan Sebagai Xiaomi 14, Ini Mungkin Spesifikasi Utama

Xiaomi 13 Dijangka Akan Dilancarkan Sebagai Xiaomi 14, Ini Mungkin Spesifikasi Utama

Diterbitkan November 21, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Xiaomi dijangka melancarkan siri andalan seterusnya di China tidak lama lagi. Syarikat itu juga telah mengesahkan siri tersebut akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2.

Berkaitan

  • Xiaomi 13 Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2 Mungkin Dilancar Lebih Awal
  • Rekaan Rata Hampir Seperti iPhone, Mungkin Ini Rupa Xiaomi 13
  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio

Sebagai urutan, siri peranti andalan Xiaomi pada tahun ini dikhabarkan akan dipanggil sebagai Xiaomi 13, memandangkan varian tahun lepas dinamakan sebagai Xiaomi 12. Bagaimanapun, melalui imej tertiris yang didakwa adalah kotak bungkusan peranti itu memperlihatkan nama siri yang berbeza, iaitu Xiaomi 14 berbanding Xiaomi 13.

Xiaomi 13 Dijangka Akan Dilancarkan Sebagai Xiaomi 14, Ini Mungkin Spesifikasi Utama

Kotak bungkusan itu jelas menunjukkan nama Xiaomi 14 berserta paparan jenama Leica. Selain nama pemasaran bagi siri itu, imej lain yang dikongsi di Weibo turut mendedahkan beberapa spesifikasi utama bagi model asas dalam siri itu.

Melalui imej yang dimuat naik dengan tangkap layar “About Phone” dalam peranti itu juga jelas memperlihatkan penjenamaan Xiaomi 14. Peranti ini mempunyai 12GB RAM dan sistem operasi Android 13 dengan MIUI 14.

xiaomi 14_1

Nombor model 2211133C itu juga adalah sepadan dengan pensijilan 3C di China. Cip pemproses pula mempunyai kelajuan maksimum 3.2GHz, yang menunjukkan ia mungkin adalah cip Snapdragon 8 Gen 2.

Buat masa ini, tidak dapat disahkan sama ada benar siri ini akan membawa nama sebagai Xiaomi 14, atau sebaliknya Xiaomi 13. Juga, belum diketahui tarikh pelancarannya. Sehingga itu, nantikan pengumuman daripada Xiaomi menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY