Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan Pengimbas LiDAR Sepertimana iPad Pro 2020

iPhone 12 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan Pengimbas LiDAR Sepertimana iPad Pro 2020

Diterbitkan April 6, 2020 oleh Meor Hasyim

Penambahbaikan kamera pada siri iPhone 12 sebelum ini pernah dikhabarkan sebelum ini. Saiz fizikal sensor akan lebih besar dan juga penambahan dari segi teknologi memfokuskan AR. Jadi untuk teknologi AR tersebut, Apple kelihatannya akan menyertakan pengimbas LiDAR sebagai sebahagian dari modul kamera peranti iPhone 12 Pro.

Melalui imej yang dimuat naik oleh @choco_bit, ia memaparkan imej sebuah iPhone. Namun kali ini terdapat 4 unit ‘lensa’ menunjukkan salah satunya bukan seperti lensa kamera biasa yang normal. Untuk lensa keempat tersebut, dikatakan ia merupakan sebuah pengimbas LiDAR dan akan hadir dalam model Pro iaitu iPhone 12 Pro atau iPhone 12 Pro Max.

@appleinsider @MacRumors @9to5mac you guys excited about iPhone 12Pro and 12ProMax with Lidar? pic.twitter.com/CQaQcb6hQ5

— Stella – Fudge (@StellaFudge) April 5, 2020

Sebelum ini, iPad Pro 2020 telah terlebih dahulu dilengkapi dengan pengimbas ini untuk tujuan AR dan juga pengesanan jarak. Dengan penambahan satu lagi lensa, kamera juga disusun secara teratur dan bukannya seperti iPhone 11 Pro tahun lepas yang mempunyai 3 lensa.

Here is iPad Pro’s LiDAR under infrared. pic.twitter.com/IZkum3nwRx

— Faruk 🚀 ᴵᴾᴴᴼᴺᴱᴰᴼ (@iPhonedo) March 26, 2020

Siri iPhone 12 mengikut jadualnya akan dilancarkan pada sekitar bulan September dan Oktober ini. Namun disebabkan wabak Covid-19 yang masih meningkat kesnya lebih-lebih lagi di negara mereka (AS), kemungkinan besar tarikh pelancarannya akan dilanjutkan lebih lama lagi.

Sumber: choco_bit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY