Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelancaran iPhone 12

Apple Mungkin Menangguhkan Pelancaran iPhone 12 Beberapa Bulan Lamanya

Diterbitkan Mac 26, 2020 oleh Amalina Athman

Berdasarkan laporan dari Nikkei Asian Review, Apple kini sedang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan penangguhan bagi pelancaran iPhone seterusnya yang bakal dilengkapi dengan teknologi 5G. Ia berikutan ancaman wabak Covid-19 di seluruh dunia pada ketika ini yang turut mengganggu jadual pembangunan produk.

Apple dilapor telah mengadakan perbincangan dalaman mengenai kemungkinan menangguhkan pelancaran beberapa bulan dari pelancaran asal yang dijadualkan pada September nanti. Langkah itu diambil setelah mengambil kira kebimbangan penjualan iPhone yang akan terjual dalam situasi sekarang.

apple store

Pada masa ini, Apple masih memantau penularan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat dan Eropah untuk menilai jika penangguhan tersebut diperlukan. Keputusan muktamad mengenai pelancaran ini hanya akan dibuat sekitar bulan Mei memandangkan pada masa ini, pekerja Apple masih meneruskan kerja dari rumah.

Terdahulu, ura-ura mengatakan Apple sedang membangunkan 4 model baru iPhone pada tahun ini. Semua model dijangka bakal didatangkan dengan teknologi 5G dan cip A14 Bionic, manakala bagi model higher-end pula dijangka akan dilengkapi dengan sistem kamera 3D baru seperti LiDAR Scanner yang hadir pada model iPad Pro yang dilancarkan baru-baru ini.

Sumber: Nikkei Asian Review

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY