Sensor lensa utama lebih besar
Untuk itu terdapat beberapa laporan yang menjangkakan untuk iPhone 12 Pro ia akan dilengkapi dengan sensor utama Sony 64MP. Buat masa ini, dikatakan Apple sedang menguji sensor tersebut yang mempunyai saiz fizikal lebih besar untuk meningkatkan kualiti pengimejannya.
Night Mode untuk lensa lain
Tambahan maklumat lain, Apple juga sedang membangun cara untuk membawa fungsi Night Mode kepada lensa lain seperti swafoto, sudut lebar, dan telefoto. Pada siri iPhone 11, Night Mode hanya dibenarkan penggunaannya pada lensa utama sahaja. Dengan tambahan lebih banyak lensa, semestinya pengguna akan mempunyai lebih banyak fleksibiliti untuk memilih lensa lain untuk menggunakan Night Mode.
Kamera makro
Mereka juga sedang membangunkan sebuah sistem kamera makro. Ia adalah untuk mengambil gambar jarak dekat sekitar 2cm. Kamera makro sudah banyak dimuatkan dalam peranti Android, namun kebanyakannya hanya gimik dan mempunyai kualiti yang tidak memuaskan.
Apertur lensa sudut lebar lebih besar
Selain itu, saiz apertur lensa sudut lebar akan dibuka lebih besar kepada f/1.6 berbanding f/2.4 pada iPhone 11 Pro.
HDR lebih baik
Akan terdapat penambahbaikan kualiti Smart HDR. Ia akan menggunakan algoritma baharu yang dinamakan Smart XDR untuk kualiti HDR yang lebih baik.
Bateri lebih besar
Dikatakan bateri untuk iPhone 12 Pro dimuatkan dengan kapasiti lebih besar iaitu pada 4,400mAh. Ini mungkin adalah untuk memastikan ia bertahan lebih lama lagi-lagi dengan kehadiran rangkaian 5G pada peranti tersebut.
Untuk iPhone 12, dari segi luaran nampaknya Apple tidak akan mengubah rupa fizikalnya secara besar-besaran. Namun penambahbaikan dan fokus utama mereka adalah spesifikasi dan kemampuan peranti terutamanya bahagian kamera.
Mendengarkan segala jangkaan dan khabar angin ini, adakah mampu menarik minat anda untuk membeli model iPhone 12 Pro ini?
Sumber: Pineleaks, EverythingApplePro
Berkaitan
- Peranti Dengan Kamera Gimbal vivo X50 Pro Dijual Berharga RM3,199 Di Malaysia
- Macbook Air Dengan Cip Apple M1 Diperkenalkan, Ketahanan Bateri Sehingga 18 Jam - Harga Bermula RM4,399
- Diskaun 80% Untuk Saman JPJ & PDRM Sehingga 12 Disember Ini
- OnePlus 9 Pro Akan Guna Rekaan Sama Seperti OnePlus 8T Dengan Penambahan Skrin Lengkung
- OPPO Reno3 Pro Versi Global Dilancarkan - MediaTek Helio P95, Paparan 90Hz Dan Swafoto 44MP
- Android 12 Dijangka Menawarkan Ciri Gestur "Double Tap" Pada Panel Belakang
- Huawei Mate 30E Pro Dengan Cip Kirin 990E Diperkenalkan - Mate 30 Pro Dengan Cip Berbeza
- Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max
- Rangkaian Yoodo Sukar Diakses, Kini Dalam Proses Baik Pulih
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HONOR 9X Pro Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia