Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26_wiser.my

iOS 26.0.1 Kini Tersedia – Baiki Isu Sambungan Selular, Kemas Kini Keselamatan

Diterbitkan September 30, 2025 · Dikemas kini September 30, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 26.0.1 dan iPadOS 26.0.1, iaitu kemas kini pertama sejak iOS 26 dan iPadOS 26 dilancarkan dua minggu lalu.

Kemas kini ini hadir dengan beberapa pembetulan penting. Antaranya termasuk menyelesaikan masalah Wi-Fi dan Bluetooth yang boleh terputus secara tiba-tiba pada model iPhone 17, iPhone Air dan iPhone 17 Pro.

Apple juga menyelesaikan isu di mana sebilangan kecil pengguna yang tidak dapat menyambung ke rangkaian selular selepas menaik taraf ke iOS 26.

Selain itu, terdapat pembetulan pepijat yang menyebabkan foto kelihatan dengan artifak pelik apabila diambil dalam keadaan pencahayaan tertentu menggunakan iPhone 17, iPhone Air dan iPhone 17 Pro.

Isu lain yang turut diatasi termasuk ikon aplikasi yang kelihatan kosong selepas ditambah tona warna tersuai, serta isu VoiceOver yang mungkin dinyahaktifkan untuk sesetengah pengguna selepas mengemas kini ke iOS 26.

Dalam pada itu, Apple turut menyertakan satu tampalan keselamatan melibatkan FontParser, yang boleh menyebabkan aplikasi terhenti atau merosakkan memori proses apabila memproses fon berbahaya.

iOS 26.0.1_
iOS 18.7.1_

 

Pembetulan keselamatan yang sama juga dikeluarkan merentas platform lain, termasuk iOS dan iPadOS 18.7.1, macOS Tahoe 26.0.1, macOS Sequoia 15.7.1, macOS Sonoma 14.8.1 serta visionOS 26.0.1.

Bagi pengguna iPhone dan iPad, kemas kini ini boleh dipasang terus melalui OTA (over-the-air) dengan pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
  • Tak Perlu GarageBand, iOS 26 Akhirnya Mudahkan Pengguna Tetap Nada Dering Sendiri
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pengguna Dakwa iOS 26 'Kuat Makan Bateri'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY