Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17.5_9to5Mac

iOS 17.5 Tersedia Dengan Pengesanan Penjejak Merentas Platform, 15 Tampalan Keselamatan

Diterbitkan Mei 14, 2024 · Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 17.5, dengan membawakan ciri baharu, pembetulan pepijat serta tampalan keselamatan untuk pengguna iPhone.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Pengguna iOS, Android Kelak Boleh Akses Ciri Berbayar Google Photos Secara Percuma

Seperti dijelaskan Apple, iOS 17.5 kini menyertakan Pengesanan Penjejak Merentas Platform – boleh menghantar notifikasi kepada pengguna merentas kedua-dua platform iOS dan Android jika peranti penjejak Bluetooth digunakan untuk menjejaki mereka tanpa disedari.

Dengan keupayaan baharu ini, pengguna akan mendapat makluman “[Item] Ditemui Bergerak Bersama Anda” pada peranti iOS jika peranti penjejak Bluetooth yang tidak diketahui dilihat bergerak bersama dari semasa ke semasa, tanpa mengira platform yang dipasangkan dengan peranti itu.

Selain ciri baharu, kemas kini iOS 17.5 hadir dengan 15 tampalan keselamatan penting. Antaranya melibatkan sistem/aplikasi Kernel, Find My, Maps, Notes, tangkap layar, Shortcuts, Webkit, Voice Control dan lain-lain.

iOS 17.5 security patch_2

iOS 17.5 security patch_1

Sebahagian daripada kelemahan keselamatan ini boleh membenarkan penyerang mengakses data pengguna dan melaksanakan kod sewenang-wenangnya dengan keistimewaan kernel.

Terdapat juga kemas kini dengan pembetulan untuk App Store, Face ID, muat turun Safari dan banyak lagi.

iOS 17.5 Tersedia Dengan Pengesanan Penjejak Merentas Platform, 15 Tampalan Keselamatan
iOS 17.5 Tersedia Dengan Pengesanan Penjejak Merentas Platform, 15 Tampalan Keselamatan

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk melakukan kemas kini iOS 17.5 dengan segera. Kemas kini boleh dilakukan melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Sumber: Apple (1, 2)

Gambar utama: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY