Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.6

iOS 18.6 Kini Tersedia – Pembetulan Pepijat, Lebih 20 Tampalan Keselamatan

Diterbitkan Julai 30, 2025 · Dikemas kini Julai 30, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 18.6, iaitu kemas kini keenam untuk sistem operasi iOS 18. Versi terbaharu ini hadir lebih dua bulan selepas pelancaran iOS 18.5.

Antara pembaikan penting dalam iOS 18.6 termasuk penyelesaian kepada isu dalam aplikasi Photos yang sebelum ini boleh menghalang pengguna daripada berkongsi filem memori (memory movies).

Selain itu, iOS 18.6 turut membaiki lebih 20 kelemahan keselamatan. Antaranya melibatkan ciri Accessibility yang boleh menyebabkan kata laluan dibaca kuat oleh VoiceOver, serta risiko kerosakan memori apabila sistem memproses audio yang direka secara berniat jahat.

ios 18.6_1
ios 18.6_2

Kemas kini ini juga merangkumi 8 tampalan keselamatan berkaitan WebKit, yang berpotensi mendedahkan maklumat sensitif pengguna, menyebabkan Safari terhenti secara tiba-tiba serta mengakibatkan kerosakan memori.

Walaupun tiada kelemahan keselamatan yang diketahui telah dieksploitasi secara aktif, pengguna disarankan untuk memasang kemas kini ini dengan segera bagi memastikan peranti sentiasa dilindungi.

Untuk kemas kini iOS 18.6 secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Pembangunan iOS 18 kini hampir selesai, dan Apple sudah mula menguji versi beta iOS 26. Sistem operasi baharu ini dijangka dilancarkan pada September nanti, seiring dengan pelancaran model iPhone terbaharu.

Berkaitan

  • iOS 18.5 Kini Boleh Dimuat Turun - Lebih 30 Isu Keselamatan Dibaiki
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Tak Perlu GarageBand, iOS 26 Akhirnya Mudahkan Pengguna Tetap Nada Dering Sendiri
  • Pengguna iOS Kini Boleh Muat Turun VSCO Capture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY