Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Support

Apple Support Tidak Lagi Sediakan Bantuan Individu Melalui Platform X

Diterbitkan Oktober 3, 2023 · Dikemas kini Oktober 3, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini tidak lagi menyediakan bantuan teknikal secara individu kepada pelanggan melalui platform X, dalam peralihan daripada sokongan media sosial.

Berkaitan

  • "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple
  • Apple Beri Panduan Cara Betul Bersihkan iPhone 15 Pro Ekoran "Isu Warna Titanium Luntur"

Apabila pengguna menghantar mesej di akaun @AppleSupport, ia kini akan membalas secara automatik dengan pautan yang menghala ke halaman Apple Get Support, serta aplikasi Apple Support untuk iPhone dan iPad.

Apple Support_

Selain itu, Apple Support juga dilihat tidak lagi menawarkan bantuan individu jika pengguna tag akaun @AppleSupport, tetapi masih membalas secara automatik dengan pautan ke pelbagai halaman di laman web Apple untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Dalam pada itu, Apple Support menyatakan akan terus berkongsi panduan, tricks dan maklumat berguna.

Terdahulu, MacRumors melaporkan Apple merancang untuk menghapuskan peranan sokongan penasihat media sosial berbayar di platform X, YouTube dan halaman Apple Support Community.

Dikhabarkan, Apple menawarkan peluang kepada ratusan pekerja yang terjejas untuk beralih kepada peranan sokongan berasaskan telefon.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljynjw
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljynk5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY