Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 16.4.1 Tersedia Dengan Baik Pulih Pepijat Dan Tampalan Keselamatan

iOS 16.4.1 Tersedia Dengan Baik Pulih Pepijat Dan Tampalan Keselamatan

Diterbitkan April 8, 2023 · Dikemas kini April 8, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah hampir dua minggu iOS 16.4 dikeluarkan, Apple hari ini telah melepaskan iOS 16.4.1. Kemas kini tersedia untuk pengguna iPhone dengan baik pulih pepijat dan tampalan keselamatan.

Berkaitan

  • Kemas Kini Tersedia, Ini Yang Baharu Dalam iOS 16.4
  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • watchOS 10 Akan Alami Rombakan Visual Yang Lebih Besar Berbanding iOS 17 - Mark Gurman
  • Ura-Ura: iOS 17 Dijangka Tampilkan Perubahan Besar Pada Control Centre

Menurut Apple, iOS 16.4.1 menyediakan pembetulan pepijat bagi isu yang berkaitan Siri tidak memberikan respon dalam sesetengah kes serta menambah variasi ton kulit untuk emoji baharu.

iOS 16.4.1 Tersedia Dengan Baik Pulih Pepijat Dan Tampalan Keselamatan

Selain itu, kemas kini iOS 16.4.1 turut menyediakan dua tampalan keselamatan pada IOSurfaceAccelerator dan WebKit yang mungkin telah dieksploitasi secara aktif.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk melakukan kemas kini iOS 16.4.1 dengan segera.

Untuk kemas kini iOS 16.4.1, ianya boleh dimuat turun dan dipasang melalui Settings > General > Software Update > Download and Install bagi model iPhone 8 dan terbaharu yang menjalankan iOS 16.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY