Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel KM5&6

Intel Malaysia Komited Beri Sumbangan Lebih RM2 Juta Bagi Membantu Memerangi Covid-19

Diterbitkan Mac 30, 2020 oleh Amalina Athman

Intel merupakan sebuah syarikat yang menyediakan teknologi kapasiti pengkomputeran teras bagi komputer dan pelayan yang digunakan untuk pengendalian rangkaian dan penyimpanan data. Kini Intel Malaysia, komited untuk mendermakan lebih RM2 juta bagi membantu golongan profesional penjagaan kesihatan dalam memerangi COVID-19 di negara ini.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli kit ujian, ventilator, monitor pesakit dan pembersih udara untuk Hospital Pulau Pinang dan Kedah terutamanya serta memberi sokongan kepada agensi Kerajaan Malaysia yang lain.

Intel KM3

Bagi memastikan tiada kelewatan dalam pengagihan sumbangan tersebut kepada institusi yang memerlukan, Intel bekerjasama dengan American Chamber of Commerce in Malaysia (AMCHAM) melalui program #AMCHAMCares.

Robin Martin, Naib Presiden Korporat di Intel Corporation, berkata,

“The Malaysian Government and Ministry of Health is working overtime to protect the citizens of this country and we recognise the extra strain this current situation is putting on them and particularly healthcare front liners. This is why we decided to contribute some of our resources to reducing the burden on the Malaysian healthcare system, enabling healthcare professionals to concentrate on looking after all of us.”

Dengan sumbangan yang diberikan, ia mungkin dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY