Intel Keluarkan Imej Acah Untuk Kad Grafik Mereka Yang Keluar Pada Tahun 2020

Intel semasa SIGGRAPH telah memperlihatkan sedikit kad grafik mereka yang dijangka akan memberikan saingan kepada dua gergasi grafik iaitu NVIDIA dan AMD.

Intel yang sebelum ini gagal dalam menghasilkan kad grafik (discrete) telah melantik Raja Koduri dari AMD sebagai Ketua Arkitek Intel pada November tahun lepas dan Chris Hook juga dari AMD sebagai Ketua Pemasaran untuk divisyen grafik Intel.

Kedua-dua berpengalaman luas dan menjadi tulang belakang untuk AMD dalam menghasilkan produk seperti Ryzen, Radeon dan Radeon Pro.



Untuk kad grafik yang belum diberi nama ini akan menemui pengguna pada tahun 2020. Kad tersebut mungkin sampai seiring dengan rancangan Intel untuk menyiapkan proses 10nm mereka yang tertunda sebelum ini.

Intel sebelum ini bercadang menghasilkan dGPU berdasarkan senibina Larrabee namun projek tersebut dibatalkan. Intel juga telah mewujudkan akaun twitter terbaru bagi memperlihatkan video mengenai dGPU mereka.

https://twitter.com/IntelGraphics/status/1029792940648878080