Intel Dan AMD Bekerjasama Dalam Menghasilkan Grafik Bersepadu Untuk Komputer Riba

AMD dan Intel merupakan seteru kuat apabila kita bercakap mengenai CPU desktop tetapi Intel masih lagi mendahului dalam kategori komputer riba. Untuk cip grafik yang digunakan oleh komputer riba pula, Nvidia kekal sebagai peneraju yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

Untuk itu, AMD dan Intel akan bekerjasama secara rasmi bagi menghasilkan solusi berkenaan cip grafik untuk komputer riba. AMD dijangka akan memberi teknologi grafik Radeon mereka untuk digunakan bersama cip pemprosesan Core-i7.

Cip Radeon yang mempunyai HBM2, satu komponen memori berkapisiti tinggi juga akan digunakan sekali dengan dua komponen tadi dalam satu rekaan kompak yang dipanggil EMIB (Embedded multi-die interconnect bridge). EMIB membolehkan isyarat digital bergerak dengan laju dalam jarak yang singkat.



Kelebihan teknologi sistem ini ialah dapat mengurangkan ruang yang digunakan yang selalunya diisi oleh cip pemprosesan dan cip grafik. Selain itu, kuasa pemprosesan grafik yang berkuasa dengan mengambil kira faktor bentuk yang kompak.

Mengikut Digital Foundry, spesifikasi yang tertiris termasuk 1536 stream processors dengan 24 unit pengiraan dan frekuensi diantara 1GHz hingga 1.1GHz. Sistem ini juga berkemampuan sebanyak 3.3 teraflops dari segi kuasa pemprosesan grafik. Spesifikasi tersebut meletakkan sistem ini dalam kelas kad grafik Nvidia GTX 1050 Ti.

Pengguna boleh menikmati pengalaman resolusi 1080p dalam kebannyakkan permainan moden jika spesifikasi di atas adalah benar.

Sumber