Dilaporkan gergasi perkomputeran itu bakal mempelopori pelbagai lapangan, dari teknologi kenderaan pandu sendiri sehinggalah kepada filem berasaskan AR dan VR.
Menurut CEO Intel, Brian Krzanich, kerjasama antara pengeluar kereta seperti BMW, Nissan dan Volkswagen akan digunakan untuk mengumpul data dalam membangunkan peta dengan skala definisi tinggi dan kemaskini pantas dengan kos yang rendah.
Sebanyak 2 juta unit kereta dari pengeluar tersebut akan menggunakan teknologi Mobileye-Road Experience Management (REM) bagi tujuan itu. Untuk pengetahuan anda, Intel membeli Mobileye pada Mac tahun lalu.
Bagi pengumpulan data untuk pemetaan di China, Intel akan bekerjasama dengan SAIC Motor dan syarikat pemetaan digital, NavInfo.
Kerjasama dengan Ferrari North America pula akan memperlihatkan penggunaan teknologi AI dari Intel untuk mengumpul data dari trek lumba bagi meningkatkan pengalaman peminat dan pemandu itu sendiri.
Krzanich turut mengumumkan jalinan antara Intel bersama syarikat perfileman ternama, Paramount Pictures, yang mana mereka bakal menembusi pasaran filem berasaskan teknologi VR dan AR. Intel juga sudah berjaya menyiapkan studio berkeluasaan 25,000 kaki persegi berlokasi di Los Angeles dan ia akan digunakan untuk penghasilan rakaman berteknologi AR dan VR.
Dengan kehadiran teknologi VR dalam industri filem, sudah pasti ia memberi pengalaman yang berlainan, ibarat penonton sendiri yang melakonkan watak tersebut.
Sumber: Business Wire
Berkaitan
- Kawal Nissan GT-R Dengan Hanya Alat Kawalan PlayStation 4
- Senarai Harga Dan Spesifikasi Komputer Riba ROG Dengan Intel Generasi Ke- 9
- Intel berjaya hasilkan cip pemproses terpantas.
- Anda Tidak Perlukan Topi Keledar Untuk Menunggang Motosikal Konsep Dari BMW
- Microsoft Dan Intel Lancar Kempen Beli Komputer Di Lazada
- Apple Mahu Buat Modem iPhone Sendiri, Mungkin Tidak Guna Keluaran Qualcomm Dan Intel
- Qualcomm Tuduh Apple Curi Rahsia Cip Dan Berikan Kepada Intel
- China Haram Penggunaan Hoverboard Di Jalan Raya Dan Lorong Motorsikal
- Mi Notebook Pro Dikuasakan Dengan Intel Core Generasi-8 Dilancar Secara Rasmi
- Intel Digodam: Fail Sulit 20GB Mula Disebarkan