Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Link 2 & Insta360 Link 2C

Insta360 Link 2 & Insta360 Link 2C Dilancar, Kamera Web AI 4K Baharu Dengan Harga Bermula ~RM630

Diterbitkan September 29, 2024 ยท Dikemas kini September 29, 2024 oleh ariff bukhari

Sama ada mesyuarat atau kelas atas talian mahupun berinteraksi dengan penonton pada strim langsung, kualiti video dan audio kini dipertingkatkan.

Insta360 telah melancarkan Insta360 Link 2 dan Insta360 Link 2C, sepasang kamera web 4K berkuasa AI yang bertujuan untuk merevolusikan persidangan video dalam talian dan pengalaman penstriman langsung.

Insta360 Link 2 dan Insta360 Link 2C direka untuk pengimejan premium dengan sensor 1/2″ berprestasi tinggi. Ia dipadankan dengan teknologi HDR dan peningkatan imej AI terkini dan pengurangan hingar.

Insta360 Link 2
Dengan sensor kamera 1/2″, menjadikan kamera web baharu ini pilihan yang sempurna untuk strim langsung yang kurang pencahayaan. Malah dengan teknologi pengurangan hingar AInya memastikan audio terbaik tanpa memerlukan mikrofon yang berasingan.
Insta360 Link 2C
Insta360 Link 2C pula sesuai untuk mereka yang mempunyai persediaan yang lebih tetap, menawarkan kualiti imej 4K dan ciri AI yang sama dalam reka bentuk padat tanpa gimbal.
Insta360 Link 2
Insta360 Link 2 untuk mereka yang memerlukan fleksibiliti. Ia menampilkan gimbal 2 paksi terbina untuk rakaman yang lancar dan stabil serta penjejakan berkuasa AI yang memastikan anda berada dalam bingkai.

Siri Insta360 Link 2 ini akan dilancarkan dengan aksesori premium yang dinaik taraf dengan pelekap Magnetik baharu, yang tersedia di dalam kotak.

Insta360 Link 2 dan Insta360 Link 2C sudah pun tersedia di seluruh dunia dengan harga jualan masing-masing berharga USD$199 (~RM824) dan USD$152.99 (~RM630).

Lihat spesifikasi penuh Siri Insta360 Link 2 ini di laman rasmi Insta360 Store.

Beli barisan produk Insta360 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllqmlr
  • Lazada – https://invol.co/cllqmlu

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
©2026 WISER.MY