Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Flow 2 Pro AI Tracker

Insta360 Lancarkan Flow 2 Pro AI Tracker Berharga ~RM190

Diterbitkan Februari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Insta360 telah melancarkan AI Tracker, peranti tambahan dipacu AI dengan sensor kamera terbina untuk gimbal Flow 2 Pro  bagi meningkatkan lagi keupayaan penjejakan orang dan objek.

Menerusi peranti tambahan ini, Insta360 memastikan pengguna mendapat penjejakan AI canggih tanpa bergantung pada perisian luaran.

Antara ciri utama AI Tracker ini ialah:

  • Penjejakan Tepat – Kekal dalam bingkai walaupun ada halangan.
  • Sokongan Haiwan – Boleh menjejak manusia dan haiwan.
  • Kawalan Isyarat Tangan – Aktifkan penjejakan dengan isyarat tangan
  • Lampu LED Terbina – Laraskan kecerahan dan suhu warna.
Gesture Control
Tiada lagi had aplikasi—AI Tracker baharu ini berfungsi pada iPhone dan Android dengan lancar sebagai pelengkap kepada gimbal Insta360 Flow 2 Pro.

AI Tracker ini sudah pun boleh dipesan dengan harga USD39.99(~RM190). Atau anda boleh membelinya bersama Flow 2 Pro dalam AI Tracker Bundle yang akan dilancarkan pada harga $179.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari Insta360.com.

Berkaitan

  • Insta360 Link 2 & Insta360 Link 2C Dilancar, Kamera Web AI 4K Baharu Dengan Harga Bermula ~RM630
  • Insta360 Flow 2 Pro Dilancarkan Dengan Ciri AI Dan Integrasi iPhone
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Sumber: Siaran media Insta360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
©2026 WISER.MY