Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
insta360 flow

Insta360 Lancar Pengimbal Dengan Teknologi AI Termaju Di Dunia

Diterbitkan Mac 31, 2023 · Dikemas kini Mac 31, 2023 oleh ariff bukhari

Pengeluar kamera aksi Insta360 telah melancarkan produk terbaru mereka dengan kehadiran pengimbal untuk telefon pintar iaitu Insta360 Flow.

Insta360 menyatakan, Flow adalah penstabil telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi penjejakan kecerdasan buatan (AI) termaju di dunia.

Penjejakan automatik Insta360 Flow membolehkan telefon pintar mengikuti subjek yang diinginkan dengan tepat, manakala penstabilan 3 paksinya memberikan tangkapan ultra-lancar.

Insta360 Lancar Pengimbal Dengan Teknologi AI Termaju Di Dunia

Dipasangkan dengan pemegang swafoto terbina yang boleh dipanjangkan sehingga 21.5cm, diubah menjadi tripod (kaki tiga) dan tersedia dengan bank kuasa, Insta360 Flow mempunyai segala-gala yang diperlukan untuk pencipta kandungan merakam pada  tahap profesional semasa bergerak.

Insta360 Flow tersedia untuk dibeli hari ini di seluruh dunia melaluilaman rasmi Insta360.com, e-stor Amazon (A.S., Eropah dan Jepun) dan peruncit terpilih.

Ia dijual pada harga USD159.99 (~RM706) bersama aksesori pengapit telefon magnetik, kabel cas, penutup cengkaman dan kantung pelindung. Insta360Flow didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Summit White dan Stone Grey.

Berkaitan

  • Insta360 ONE R - Kamera Aksi 360 Dwi-Lensa, Sudut Lebar 4K Serta 5.7K Sensor 1 Inci
  • Kamera Aksi Terbaru Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition Dengan Kejuruteraan Leica Dilancarkan
  • (Ulasan) Insta360 ONE RS Twin Edition - Kamera 'Ultimate' Untuk 'Medsos'

Sumber: Insta360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY