ONE R kini menawarkan rekaan lensa yang boleh ditukar ganti dengan tiga mod lensa yang tersedia iaitu mod dwi-lensa 360, lensa sudut lebar 4K dan lensa sudut lebar 1-Inci (dijual secara berasingan), yang direka bersama Leica. Semua mod ini menyokong penstabil Flowstate Insta360 bersama dengan ciri-ciri baru. Ia turut didatangkan dengan Invisible Selfie Stick.
Mod kamera dwi-lensa
Mod ini menyokong rakaman 5.7K dengan dua lensa yang meliputi setiap arah sekaligus. Ciri ini terdapat pada model sebelumnya, ONE X. Terdapat pembaharuan di mana ia mempunyai paparan 360 darjah dengan masa sebenar pada modul skrin sentuh ONE R.
Bagi membantu untuk memilih sudut yang betul dari rakaman 360, Insta360 telah membangunkan Auto Frame. Algoritma ini boleh menganalisis rakaman 360 dan secara automatik memilih sudut terbaik dari mana-mana video 360 dan mengesyorkannya kepada pengguna.
Ciri lain adalah kemampuan pengesanan ONE R. Apabila menyunting video 360, pengguna dengan mudah boleh memilih subjek untuk diikut dengan satu tap. Aplikasi ONE R secara automatik akan menyimpan dalam frame tengah. Walaupun subjek dikaburkan oleh halangan, algoritma ONE R akan mengingatnya dan mula menjejak lagi sebaik ia muncul kembali.
Deep Track dalam masa sebenar juga turut tersedia dimana pengguna boleh mengunci subjek dengan arahan suara "Mark that!". Ia menjadikan apabila kamera dipasang dengan aplikasi pada masa akan datang, rakaman akan mengikut subjek yang dipilih.
Mod sudut lebar 4K
Mod sudut lebar 4K adalah tetapan biasa bagi kamera aksi. Ia boleh merakam video 4K sehingga 60 fps dengan f/2.8 aperture, 16.4mm focal length. Ia menyokong penstabil Flowstate dan menawarkan sehingga 8x slow mo dalam HD Penuh. Rekaan yang boleh diterbalik membolehkan pengguna dengan cepat menterbalikkan skrin sentuh dari belakang ke hadapan, yang sangat berguna untuk vlog.
Mod sudut lebar 5.5K dengan sensor 1-Inci
Mod sudut lebar 1 inci ini adalah antara mod yang paling menarik. Ia mampu merakam sehingga 5.3K dan 30 fps video serta 19 MP gambar. Oleh kerana mempunyai sensor yang lebih besar, ia mampu menghasilkan gambar dan video yang lebih baik dalam cahaya rendah dan pencahayaan yang sukar.
Dengan f/3.2 dan 14.4mm focal length yang direka oleh Leica, ia mempunyai lensa yang agak perlahan untuk memastikan fokus yang lebih besar.
Insta360 ONE R boleh didapati dengan harga serendah $ 530 (~RM 2,200) bagi edisi berkembar dan $ 630 (~ RM 2,500) bagi edisi 1-Inci lensa Leica.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=b8dsssSi4Aw[/embed]
Sumber: Cinema5d, Insta360
Berkaitan
- Pengguna Premium Kini Boleh Cuba Satu Lagi Ciri Baharu Di YouTube
- Ukur Tahap Prestasi Peranti Anda Menjalankan 'Background Apps' Dengan Aplikasi Ini
- Gangguan LRT: Pampasan Akan Diberi Dalam Bentuk Pelanjutan Tempoh Sah Laku Pas
- Wiko Y62 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM299
- Proton Akan Perkenal EV Pertama Tak Lama Lagi
- Pra Tempah Sony Xperia 10 II Telah Mula Dibuka Sehingga 5 Julai Ini
- KKMM: Pelaksanaan JENDELA Berada Di Landasan Tepat Untuk Capai Sasaran
- Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar
- Peranti Yang Dikatakan iPhone 9 Kini Hampir Pasti Menggunakan Semula Nama iPhone SE
- MNO Berpotensi Jimat RM30 Bilion Dengan Rangkaian Borong Tunggal 5G DNB - Tengku Zafrul