Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
insta360 ONE RS

Kamera Aksi Terbaru Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition Dengan Kejuruteraan Leica Dilancarkan

Diterbitkan Jun 28, 2022 oleh ariff bukhari

Sebentar tadi pengeluar kamera aksi Insta360 telah melancarkan model terbaru produk mereka iaitu yang dikenali sebagai Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition .

Kamera 360 darjah yang dibangunkan bersama dengan Leica ini dilengkapi dengan sensor berkembar bersaiz 1 inci. Sekaligus kualiti imej dari rakaman  kamera terbaru ini lebih baik dari versi sebelumnya seperti merakam dalam keadaan cahaya rendah dan kurang noise.

Selain itu, Insta360 ONE RS juga berupaya merakam video 360 pada kualiti 6K menerusi lensa 21MP, tahan air (IPX3), ciri penstabilan FlowState serta bateri berkapasiti 1350mAh.

Insta360 ONE RS sudah pun mula dijual menerusi peruncit terpilih di seluruh dunia dengan harga jualan bermula dari USD799.99 (~RM3515.00).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi kamera 360 terbaru ini, layari laman rasmi Insta360.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY