Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snap Selfie Screen 1

Insta360 Lancar Aksesori Skrin Swafoto Berharga ~RM400

Diterbitkan April 1, 2026 oleh ariff bukhari

Insta360 melancarkan Snap Selfie Screen, aksesori untuk telefon pintar bagi memudahkan pengguna mengambil swafoto menggunakan kamera belakang.

Skrin sentuh 3.5 inci ini berfungsi secara plug-and-play melalui sambungan USB-C, tanpa perlu dicas atau menggunakan Bluetooth.

Insta360 Snap Selfie Screen
Insta360 Snap Selfie Screen memberikan paparan masa nyata yang stabil untuk merakam vlog atau swafoto.

Dengan rekaan ultra-nipis (7.3mm standard, 8.2mm dengan lampu) dan sistem magnetik menjadikannya mudah dibawa dan pemasangan pantas.

Untuk versi dengan lampu, ia dibangunkan bersama AMIRO, menawarkan tiga tona warna dan lima tahap kecerahan untuk pencahayaan lebih profesional.

Insta360 Snap Selfie Screen 1
Insta360 Snap Selfie Screen 2

Insta360 Snap Selfie Screen serasi dengan siri iPhone 15/16 /17  (MagSafe + USB-C) serta pelbagai Android yang menyokong DisplayPort Alt Mode.

Harga pula bermula USD80.99  (~RM385) hingga USD91.99 (~RM440 dengan lampu) yang boleh dibeli terus dari stor rasmi Insta360 Snap Selfie Screen.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Insta360 Lancar X4 Air, Kamera 360 8K Ultra Ringan Berharga RM1,599
  • Harga RAM DDR5 Dilaporkan Mula Menurun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY