Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Insta360 GO 3S Retro Bundle Dilancarkan, Harga Bermula RM1,099

Posted on Mei 14, 2026Mei 14, 2026

Insta360 hari ini mengumumkan Insta360 GO 3S Retro Bundle, edisi khas yang membawa pesona nostalgia fotografi filem kepada kamera POV bersaiz kecilnya.

Dibina berasaskan kamera kendiri seberat 39 gram, Retro Bundle menggabungkan rakaman video 4K, rakaman POV bebas tangan (hands-free) serta teknologi penstabilan FlowState dengan gaya penggambaran retro.

Komponen utama dalam Insta360 GO 3S Retro Bundle ialah Retro Viewfinder, yang dipadankan dengan kamera GO 3S untuk menghasilkan kamera digital retro yang diinspirasikan daripada kamera filem vintaj. Ia membolehkan pengguna merakam gambar tanpa perlu melihat skrin telefon. Terdapat juga cermin kecil terbina (built-in selfie mirror) di bahagian hadapan bagi memudahkan swafoto.

Turut disertakan ialah Battery Pack yang membolehkan rakaman sehingga 76 minit serta menyokong pengecasan ketika kamera sedang digunakan.

NFC Custom Skin pula membolehkan aplikasi Insta360 dibuka dengan pantas hanya dengan menyentuhkan telefon pada aksesori tersebut. Melaluinya, pengguna boleh melihat rakaman, menukar tetapan dan menyunting video dengan lebih mudah.

Retro Bundle juga hadir dengan Strap dan Magnet Pendant. Dengan aksesori ini, kamera boleh dipakai seperti rantai leher atau dilekapkan pada pakaian untuk rakaman POV secara bebas tangan.

Bagi melengkapkan konsep retro, Insta360 turut menyertakan tiga filter khas iaitu Negative Film, Positive Film dan Sticker Filter. Selain itu, GO 3S menampilkan 11 profil warna terbina, termasuk lima gaya inspirasi filem baharu yang diperkenalkan dengan Retro Bundle iaitu NC, CC, GR-F, Mono dan Vintage Vacation.

Walaupun menampilkan konsep retro, GO 3S masih mengekalkan ciri utamanya seperti QuickCapture untuk rakaman segera, FreeFrame Video untuk eksport dalam pelbagai nisbah aspek, serta ketahanan air sehingga 10 meter.

Harga dan ketersediaan

Insta360 GO 3S Retro Bundle kini ditawarkan dalam pilihan warna Canvas White dan Classic Red. Ia merangkumi kamera GO 3S, Retro Viewfinder, Battery Pack, NFC Custom Skin, Strap, Magnet Pendant, Lens Guard yang telah dipasang, serta kabel USB-C ke USB-A. Dua pilihan storan disediakan, iaitu 64GB dan 128GB dengan masing-masing berharga RM1,099 dan RM1,249.

KOL 128GB White
Classic Red
Canvas White

Insta360 turut menawarkan pakej KOL untuk model 128GB White pada harga RM1,323.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress